Bukan sahaja terkejut dengan muka depan yang menampilkan gambar dua pelakon terkenal yang hot, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dengan tagline SAH NIKAH, tapi sebab beberapa fakta & bukti yang dikemukakan oleh wartawan Raja Mawar. Sungguh mengejutkan!
Kenyataan yang diberikan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sebenarnya disahkan bernikah dan kini sudah pun mempunyai anak lelaki yang sudah pun berusia 6 minggu.
Bagi Budiey agak sukar diterima kerana tiada dokumen sijil kahwin yang dikemukakan yang menunjukkan Wawa dan Aeril Zafrel sudah kahwin. Yang ada cuma gambar Wawa Zainal lengkap memakai baju pengantin dengan status ‘married’ di Instagram yang dimuat naik sekitar 40 minggu lalu.
Keduanya, ada paparan dalam Instagram MIG Online yang tertera nama anak pasangan ini, Ahmad Fakharuddin Attar. Kenyataan dalam status yang dimuat naik itu tertera perkataan:
“Selamat hadir ke dunia, Ahmad Fakharuddin Attar, 24 Ogos 2013” dan satu sajak pendek berbunyi, “Bidadari tanpa syurga, bahagiaku kini milikmu, hadirnya membawa berita gembira.”
Tapi terserahlah kepada pembaca, anda sekalian untuk percaya. Memang Budiey ada mendengar tentang desas-desus mereka sudah bernikah. Tapi bagi Budiey ingatkan ianya khabar angin sahaja. Tapi kata kawan Budiey, gossip kat Malaysia ni 80% adalah betul dan orang takkan kata sebarangan tanpa bukti.
Aeril Zafrel berkali-kali nafikan yang dia dan Wawa bercinta. Segala gossip datang tanpa bukti yang sahih, itu kata Aeril Zafrel. Begitu juga dengan Wawa, memang dia telah nafikan tentang hal ini. Mmmm… tarik nafas panjang-panjang Budiey lepas baca berita ni.
Memetik kata-kata Aeril Zafrel sebelum ini dalam sebuah akhbar pada 2 Oktober lalu:
“Jika saya nafi dan komen lebih-lebih, orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja. Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan dan tipu kalau kata kami tak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama. Tetapi sekarang dia berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat.”
Ada Bukti Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bernikah & Ada Anak?
[dropcap]S[/dropcap]iasatan telah dibuat oleh BPop sejak Ahad lalu. Ternyata ada bukti yang kukuh yang menunjukkan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sudah berkahwin. Sah! Dah kahwin, katanya. BPop telah mengesan nama seorang bayi lelaki yang dikatakan bersama Wawa kini adalah anak kandung pasangan ini. Menerusi nama seorang bayi lelaki yang pernah diberitahu kepada BPop dan satu nama yang pernah dimuatnaik dalam laman sosial Instagram MIG Online, ia berkait dengan nama penuh pasangan pelakon itu sebagai ibu bapa seperti mana direkodkan dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Siasatan juga mendapati pasangan ini menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu itu sudah bernikah dan mendaftarkan perkahwinan mereka di sebuah pejabat agama daerah di Selangor. Pasangan ini dikatakan mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling pada 4 Februari lalu. BPop telah mendapat maklumat seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan ini. Bayi seberat 3.12 kilogram di Roopi Medical Centre, Jalan Dato’ Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 9.25 pagi.
Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati bapa bayi berkenaan Suhairil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya, Nur Hawa Zainal Abidin atau nama panggilannya, Wawa yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan. Sekaligus, maklumat yang diperoleh itu mengesahkan identiti kedua-dua pelakon filem berkenaan sebagai ibu bapa kepada bayi bernama Ahmad Fakhraruddin Attar.
Lebih menarik, nama Ahmad Fakharuddin Attar bukan asing kepada Aeril dan Wawa kerana nama itu diambil sempena nama watak Aeril dalam filem terakhir dibintanginya dalam filem 99 Kali Rindu arahan Azhari Zain.Aeril juga pernah membawa watak bernama Attar dalam filem Tujuh Petala Cinta juga terbitan MIG.
Wawa dan Aeril dikatakan bercinta apabila digandingkan dalam filem Budak Pailang dan 99 Kali Rindu. Wawa pula menghilangkan diri apabila mendakwa dirinya terkena penyakit misteri sekitar Februari dan Mac, iaitu dikatakan tarikh dia bernikah dengan Aeril Zafrel. Wawa juga dikatakan kerap balik ke Sabah selepas menang kategori Artis Baru Wanita Popular di ABPBH2012 awal April lalu. Adakah ini benar atau ada sesuatu yang telah berlaku? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Okay, kita baca lagi beberapa bukti yang dikemukakan oleh BPop ni.
Sebuah radio Swasta juga telah mendedahkan kononnya seorang wanita yang dah lama menghilangkan diri selamat melahirkan anak dan kini sedang berpantang kira-kira dua minggu yang lalu. Suami pelakon ini dikatakan seorang pelakon yang cukup popular dengan drama TV yang disiarkan pada waktu petang iaitu Cinta Jannah. Berita ini didakwa diberikan oleh keluarga angkat pelakon lelaki itu.
Aeril Zafrel juga ada berkata dalam satu kenyataan yang dibuat:
“Saya ingin memohon, tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana macam-macam perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin senyap-senyap sebab akhirnya orang akan tahu juga. Saya lebih suka sembunyikan hal-hal yang tidak ada kaitan dengan kerja contohnya, saya berkawan dengan Wawa. Sejujurnya, saya tak pernah sorok pun, lihat saja di laman sosial saya. Tidak kiralah artis atau orang biasa, bukan semua hal kita akan kongsi dengan semua orang.”
Sementara itu, pada hari ini, Aeril Zafrel telah menyiarkan status di Twitter miliknya:
Persoalannya di sini, siapakah ‘mereka’ yang dimaksudkan. Adakah ada pihak yang bertanggungjawab memecah rahsia atau pasangan ini dianiayai atau bagaimana? Sama-sama kita tunggu siasatan dari wartawan.
Sekian.