Begitu juga dengan pelakon yang terpaksa mengambil inisiatif tambahan untuk melindungi diri daripada dijangkiti wabak tersebut terutamanya semasa berada di set pengambaran.
Seperti pelakon Amar Baharin memuat naik gambarnya ketika berada di sebuah set pengambaran bersama sebuah khemah yang hanya mampu memuatkan Amar sahaja. Amar memuat naik gambarnya berehat dalam khemah lutsinar di laman Instagram (IG).
Menerusi video perkongsian itu, Amar hanya membuka khemah yang dizip sekiranya kru mahu bercakap dengannya. Dalam video itu, terlihat Amar hanya membuka khemah yang dizip sekiranya kru mahu bercakap dengannya.Â
Berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya, khemah khas itu digunakan sebagai pelindung dan untuk menjaga penjarakkan sosial.
Patuh dengan SOP, Ini Langkah Pencegahan & Penjarakan Sosial
Selepas selesai penggambaran, Amar berkata, dia akan berehat selama sebulan untuk bersedia memasuki penggambaran drama bersiri yang seterusnya. Dia juga memberitahu itu sebagai langkah pencegahan yang terbaik buatnya.
Amar mengambil inisiatif membawa khemah kecil ke lokasi penggambaran bagi memastikan mematuhi penjarakan sosial dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ketika menunggu penggambaran, Amar akan duduk dalam khemah mini yang dibuat daripada plastik lutsinar sambil menghafal skrip. Jika hendak berkomunikasi dengan krew dan pelakon lain, Amar hanya membuka zip tingkap khemah mini itu.
Amar membawa khemah mini itu sejak hari pertama melakukan sambungan penggambaran drama berepisod panjang, ‘Ayat-ayat Halal’ terbitan Global Station Sdn Bhd untuk siaran RTM.
Ramai Selebriti Lain Yang Teruja Berminat Nak Beli Khemah
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata rakan artis dilihat berminat untuk mendapatkan khemah khas berkenaan.
Ternyata apa yang dilakukan Amar itu mendapat perhatian pelakon-pelakon lain yang menyifatkan tindakan pelakon itu sesuatu yang sangat bagus. Malah, pelakon seperti Dynas Mokhtar, Nad Zainal, Mona Allen dan Redza Rosli juga memberitahu yang mereka cukup berminat untuk memiliki khemah Amar itu.
Menurut Amar, khemah kecil digunakannya sejak awal penggambaran drama dibenarkan semula.
“Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya terfikir bagaimana mahu menjaga penjarakan sosial. Jadi, saya khemah kecil ini dan mencuba. Apabila ada khemah, tak perlulah saya memakai pelitup muka sepanjang masa ketika di lokasi penggambaran.
“Sebagai pelakon, saya memerlukan tempat untuk menukar baju. Saya boleh berbuat demikian dalam khemah, dalam masa yang sama menjaga penjarakan sosial,”
– Amar Baharin
Menurut Amar, ketika penggambaran dihenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia berfikir cara terbaik untuk mencegah dijangkiti wabak Covid-19 selain memakai pelitup hidung dan mulut. Akhirnya terfikir untuk menggunakan khemah mini.
Demi Kesihatan Anak-Anak & Keluarga
Tambah Amar, dia perlu mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan dua cahaya mata, Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa yang kini berusia lima bulan terkena jangkitan.
Amar perlu mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan dua cahaya mata, Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa yang kini berusia lima bulan terkena jangkitan.
“Saya ada anak kecil di rumah. Sebagai bapa, pastinya saya perlu lebih berjaga-jaga, apatah lagi, anak kedua masih bayi.
“Sebelum pandemik COVID-19, selalunya saya balik sahaja akan peluk dan cium anak-anak. Bagaimanapun, sekarang apabila balik, saya akan mandi dan tukar pakaian, sebelum menghampiri mereka.
“Anak sulung, Anaqi sudah memahami. Dia akan membiarkan saya mandi sebelum memeluk saya,”
– Amar Baharin
Katanya, sebelum pandemik Covid-19, selalunya apabila balik ke rumah, dia akan peluk dan cium anak-anak. Bagaimanapun, kini apabila pulang, dia akan mandi dan tukar pakaian, sebelum menghampiri mereka.
Amar memuat video dia berehat dalam khemah lutsinar dalam laman Instagramnya.
Menurutnya, selesai penggambaran drama itu dia akan berehat selama sebulan untuk bersedia memasuki penggambaran drama bersiri yang seterusnya.
Amar Mohd Baharin dan Nur Amira Izzati Rosli yang berkahwin pada 11 November 2017 mempunyai dua cahaya mata, Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Arissa, 5 bulan.
Katanya, dia dan isteri, Amyra Rosli sedang menyusun jadual seni kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil.
Lagipun, saya dan isteri, Amyra Rosli sedang menyusun jadual seni kerana memikirkan anak-anak. Amyra masih belum bekerja memandangkan anak kedua masih kecil,”
– Amar Baharin
Untuk makluman, khemah itu telah digunakan oleh Amar ketika menjalani penggambaran drama Ayat-Ayat Halal pada awal tahun 2020.
Untuk rekod, ketika ini, sebarang aktiviti penggambaran masih tidak boleh dilakukan lantaran pelaksanaan PKPD.Â
*Sumber: IG Amar & BH Online