Baru-baru ini, Budiey dihubungi oleh seorang teman media di mana beliau menjemput Budiey dan BudieyBuddies untuk menyertai satu Treasure Hunt yang menjadi salah satu aktiviti dalam Festival Eh Eh Busfest 2014 yang akan berlangsung di Putrajaya. Wah! Ini satu peluang yang tak mampu kami tolak. Kami rasa sangat super-duper excited sebab ini adalah treasure hunt pertama untuk kami membuktikan sejauh mana kami dapat melalui cabaran nanti.
Untuk info, Festival EH EH Busfest Putrajaya 2014 akan berlangsung dari 5,6 & 7 Disember 2014 bertempat di Putrajaya Sentral, Putrajaya. Kepada pembaca yang nak join, apa kata korang hubungi pihak penganjur. Memang mudah untuk sertainya malah, hadiahnya juga menarik sebab ada wang tunai yang akan disediakan.
Acara Treasure Hunt sempena Festival Bas Putrajaya atau Eh Eh BUSFEST 2014 akan diadakan pada 6 Disember 2014 di Putrajaya Sentral, Putrajaya. Tempat pertama akan memenangi RM1,200. Diikuti dengan RM1,000 di tempat kedua, RM700 untuk tempat ketiga, RM 400 di tempat keempat dan RM200 di tempat kelima.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, mohon hubungi Aidil di talian 0123445344
EH EH Busfest Putrajaya 2014 yang dianjurkan buat pertama kalinya oleh Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Nadi Putra) adalah satu festival kerjasama diantara Eh Eh Bazaar, Perbadanan Putrajaya & DPMM. Selain Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn. Bhd. (PAPSB) iaitu anak syarikat Perbadanan Putrajaya (PPj) festival ini dijayakan dengan bekerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Putrajaya dan Eh Eh Bazaar Sdn. Bhd. (EEB).
Objektif penganjuran “Eh Eh Bust Fest†ini ialah sebagai salah satu aktiviti kempen untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap penggunaan dan kepentingan pengangkutan awam iaitu bas Putrajaya. Di samping itu, acara ini juga bertujuan untuk mempromosikan Stesen Putrajaya Sentral sebagai hub pengangkutan awam untuk kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Sepang. “Eh Eh Bust Fest†bermula pada 05 hingga 07 Disember 2014 (Jumaat hingga Ahad) dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Pelbagai aktiviti menarik yang akan dilangsungkan antaranya :
- Doodle On Bus Showcase
- Pertandingan ‘Selfie’ Bersama Bas Putrajaya
- Karnival Kanak-Kanak
- Bouncing Castles
- Pertandingan Mewarna
- Treasure Hunt By Bus
- Pertandingan Mencipta Logo Bas Putrajaya
- Program Khas Bersama Bas Putrajaya
- Online Bazaar
- Cabutan Bertuah!
Hadiah bernilai RM20,000.00 bakal dimenangi oleh anda, jom ramai-ramai kita meriahkan EH EH BUSFEST 2014!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 03 8912 0716 atau email [email protected].
Jumpa anda di sana!
Website: Eh Eh Bazaar Website
Facebook: Eh Eh Bazaar Facebook
Instagram: Eh Eh Bazaar Instagram
Lokasi festival ini yang sesuai dengan objektif penganjurannya iaitu di sekitar Stesen Putrajaya Sentral, Presint 7, Putrajaya.
Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah seperti berikut :
(i) “Busfest Treasure Huntâ€;
(ii) Pertandingan Mencipta logo bas Putrajaya;
(iii) “Doodle Art On Bus†– pertama kali di Malaysia;
(iv) “Selfie Eh Eh Busfestâ€;
(v) “Movie on busâ€;
(vi) “Quiz on busâ€;
(vii) Pameran bas oleh agensi kerajaan seperti PDRM dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia;
(viii) Pameran bas oleh syarikat swasta dan
(ix) Pameran berkaitan sistem dan aplikasi pengangkutan awam.
Festival ini juga disokong oleh beberapa aktiviti sokongan iaitu :
(i) Pertandingan mewarna;
(ii) “Inflatables Playground/Bouncing Castleâ€;
(iii) Perlumbaan kereta Tamiya;
(iv) “Online Bazaarâ€;
(v) “Mega Celebrity Charity Auctionâ€;
(vi) “Side Showsâ€;
(vii) Cabutan Bertuah melalui borang soalselidik perkhidmatan bas Putrajaya dan
(viii) Gerai-Gerai Jualan.
Untuk melengkapkan aktiviti festival ini, artis-artis dan penceramah-penceramah terkenal akan turut dilibatkan. Sudah pasti cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah lumayan termasuk tajaan-tajaan akan disediakan.
Bagi menggalakkan pengunjung mengunjungi acara ini, pihak PAPSB akan menyediakan perkhidmatan bas secara percuma dari destinasi-destinasi terpilih ke tapak acara. Kemudahan-kemudahan tempat letak kereta percuma dan berbayar turut disediakan di sekitar tapak acara.
Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn. Bhd. (PAPSB)
Depo Putrajaya, Jalan P9,
62250 Presint 9, WP Putrajaya.
Tel : 03-8890 4788
Faks : 03-8890 5788
Web : www.papsb.com.my
Email : [email protected]