in ,

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Tak lama lagi, dah nak raya. Rasanya macam baru je kita semua sambut lebaran 2014 kan? Cepat betul masa berlalu. Tup tup… dah Ramadan dah. Sekarang ni, dah tentunya, masing-masing tengah buat persiapan untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Macam-macam kena beli. Dari baju raya sehinggalah ke aksesorinya. Biar kena dengan gaya terkini dan rupa nan gojes. Barulah raya kali ini lebih ceria, ye dok?

Cakap pasal raya ni, pernah tak uols terfikir, kenapa kita semua sibuk macam nak gamat mengemas rumah dan cari baju raya seawal minggu pertama Ramadan lagi. Bukan tu sahajalah, kalau boleh semua benda nak baru kan? Maklumlah raya kan sebulan. Paling penting baju dan seluar untuk digayakan semasa rumah terbuka adalah WAJIB kena ada. Ye lah, kata orang, kalau pakai baju lama rasanya macam tak beraya pulak kan?

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Tentang shopping raya, Budiey rasa sebulan mungkin tak cukup bagi mereka yang berkobar-kobar nak beraya. Walaupun sekarang ni keadaan ekonomi yang gawat, dengan GST lagi dan sebagainya, tapi tak halang kita nak shopping sakan. Terbukti, gedung membeli belah sesak saban hari menjelang raya ni. Bak kata orang, baju mesti nak baru, kasut kena fresh dari kedai. Tak boleh pakai yang lama. Nanti hilang seri katanya. Kuih muih dan kek pula nak kena yang canggih dan pelik-pelik namanya.

Okay, Budiey percaya ramai yang tertanya apakah jenama baju yang tengah trending sekarang ni di pasaran. Kalau nak senaraikan memang banyak tapi Budiey paling suka dengan jenama John Master. Dalam banyak-banyak jenama, John Master antara yang legend sebab dah 34 tahun berada di pasaran. Fesyennya mengikut peredaran masa dengan inovasi dan mementingkan kualiti. Ini menjadikan setiap lelaki yang menggayakannya akan menjadi yakin dan bergaya.

Sempena dengan kedatangan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi, Budiey telah dipilih oleh John Master untuk makeover 5 orang pembaca bertuah. Budiey sebenarnya sangat teruja giler apabila dapat tahu yang Budiey akan makeover pembaca.

Bukan apa, memang cita-cita Budiey dari dulu nak jadikan pembaca nampak lebih hebat dari biasa. Pemilihan dibuat melalui Instagram di mana Budiey menyuruh followers yang nak join peraduan ini dengan menghantar gambar selfie mereka dengan hashtag #JohnMasterConfidentMen.

Sambutannya? Fuh! Ramai giler followers yang hantar penyertaan. Macam-macam gaya untuk memancing undi. Antara kriteria yang Budiey pilih adalah gaya ketrampilan, gaya yang unik dan kreativiti. Antara strategi Budiey ialah saiz badan kenalah sesuai dengan jenama John Master sendiri. Wajah yang kacak dan maskulin adalah bonus. Kalau tidak macamana nak menang tempat pertama kan?

Budiey nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Budieyators yang sudi join contest ni. Namun, dalam banyak-banyak penyertaan, Budiey terpaksa memilih 5 orang sahaja pemenang.

Tahniah kepada Syed Mohd Yasir, Mohd Shahril, Shazroul, Mohamad Safwan dan M.Amin kerana telah terpilih. Mereka telah dihubungi 2 hari sebelum pertandingan dan diwajibkan hadir di Pusat Membeli Belah SOGO KL di tingkat 2. Dari respon finalis, masing-masing dah tak sabar untuk di-makeover oleh Budiey. Mereka juga gembira sebab pakaian yang akan dipilih dan dipakai itu nanti akan menjadi milik mereka. Wah… siapa yang tak happy kan? Bukan itu sahaja, dari 15 orang finalis, ada 3 pemenang utama akan membawa pulang hadiah lumayan berupa voucher membeli belah produk John Master.

Jam 11.30 pagi, ketika mana semua peserta telah siap mendaftar di promotion area, pengacara John Master Confident-Men telah memulakan acara dengan memberi peluang finalis bergambar sebelum menukar pakaian kepada pakaian tajaan John Master. Ye lah kan, penting nak tahu dan kita akan tengok nanti, sebelum dan selepas mereka ni di-makeover.

Budiey diberi masa satu jam untuk mencari pakaian yang sesuai untuk kelima finalis. Satu perkara yang cukup sukar. Tambahan pula, banyak sekali pakaian yang digantung di acara ini dan kesemuanya cantik-cantik dan menarik.

Namun, apa yang penting, adalah keselesaan dan pakaian yang dipilih adalah citarasa finalis. Budiey berterima kasih kepada dua orang pembantu dari John Master sendiri yang melayan kerenah kami dengan mesra dan senang hati. Dari pemerhatian Budiey, pakaian dari John Master sudah berbeza dari dulu. Jenama ini sudah banyak berubah dari segi potongan dan juga fabrik yang digunakan.

Seminggu sebelum acara ini, sebenarnya Budiey juga telah menghadiri sesi fitting baju dan seluar untuk dipakai di acara ini. Semasa sesi tersebut, Budiey dapat merasakan mutu kain John Master yang sangat segar, cool dam selesa di tahap maksima ini kerana ia menggunakan 100% linen. Tidak lama Budiey pilih, ada satu kemeja lengan panjang yang cukup cantik. Budiey terus rembat.

Budiey juga suka dengan fabriknya yang lembut, warna yang cerah serta corak yang ditampilkan. Dikatakan warna baju ini cukup sukar untuk pudar kerana ia menggunakan bahan yang bermutu. Begitu juga dengan seluar, Budiey sangat suka dengan warna yang lembut seperti khakis dan fabrik yang digunakan walaupun agak tebal tapi apabila pakai nampak selesa dan rasa sejuk. Inilah hasilnya selepas Budiey makeover 5 orang Budieyators… haaa… amacam?

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Untuk makeover kelima-lima finalis, Budiey mendapat satu idea dan inspirasi iaitu mereka perlu nampak kemas dan ceria seperti mahu menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri. Itu dah satu penanda aras atau benchmark. Selain itu, untuk Syed Mohd Yasir pula, Budiey memilih tema ekskutif dengan menukar gaya santai kepada gaya smart kasual.

Dengan itu, Budiey menggabungkan kemeja dengan suit hitam untuk menampakkan beliau lebih langsing dan yakin. Selebihnya, untuk Mohd Shahril, Shazroul, Mohamad Safwan dan M.Amin, gaya kemas dengan kemeja adalah sesuai untuk mereka. Dari segi corak pula tidaklah sesukar yang Budiey sangka sebab corak kemeja lengan panjang John Master memang cantik-cantik semuanya. Memang rambang mata pada mulanya.

Namun, dengan tips di mana perlu memilih mengikut warna kulit dan kesesuaian gaya masing-masing, segalanya nampak mudah dan cepat.

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Untuk Dior Budiey memilih kemeja lengan panjang kerana Dior tidak banyak koleksi kemeja seperti ini dalam wardrobenya. Jadi, kemeja sesuai untuk menukarkan imej Dior yang menjadi peminat setiap muzik K-Pop kepada stail gaya yang lebih santai tapi kemas.

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Gaya yang kemas dan smart kasual juga penting untuk ke majlis-majlis tertentu. Jadi, untuk gaya finalis Syed Mohd Yasir, Budiey memilih baju kemeja warna kuning cair dan suit warna hitam untuk menukarkan penampilan beliau dari terlalu santai kepada imej yang lebih yakin dan bertenaga.

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Menurut Shazroul, beliau suka mengenakan kemeja yang kosong. Jadi, untuk menukarkan kelainan, Budiey tukar imej beliau kepada warna-warna yang ceria. Eh, takkan nak pakai baju kemeja sama dengan Budiey kan? Jadi, Budiey terpaksa pilih kemeja yang lain.

Memandangkan di John Master, memang banyak sekali pilihan dengan pelbagai corak dan bentuk. Sesuailah dengan Shazroul yang berjiwa ceria dan aktif.

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Untuk Safwan, gaya yang kemas dan ceria sesuai untuk hari raya nanti. Apa-apa pun, Budiey pilih satu kemeja yang bercorak sama dengan Budiey pakai tu, cuma warna kemeja je berlainan. Sesuai dengan motif dan tema hari raya, John Master menyediakan pelbagai corak jenis kerawang dan bunga-bungaan. Nak tahu dan tengok, korang boleh cuba di kaunter John Master okay?

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Dalam ramai-ramai finalis, peserta yang bernama M.Amin agak sukar buat pilihan kerana ketinggiannya agak rendah. Namun, Budiey cuba lakukan terbaik untuk menampakkan beliau lebih tinggi dengan mengenakan kemeja yang lebih gelap dan bercorak selari.

Kemudian, dipadankan pula dengan seluar berwarna gelap agar nampak lebih elegan dan bergaya. Pengalaman makeover di acara ini banyak mengajar Budiey bagaimana untuk menjadikan diri kita lebih stailo dan memilih baju dan seluar untuk disesuaikan dengan acara.

Bukan semua pakaian yang kita ada tu, sesuai ya, tengok-tengok juga. Selepas berjaya makeover kesemua Budieyators, kami pun apa lagi, kenalah bergambar dulu sebelum menantikan keputusan pemenang. Yang penting, masing-masing dah excited untuk tahu siapa yang akan berjaya dinobatkan sebagai tempat kedua, pertama dan ketiga.

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Gambar atas, sebelum di-makeover dan gambar kat bawah tu, selepas dimakeover… haa, amacam? Nampak tak wajah masing-masing ceria dan happy selepas dapat pakai baju dan seluar dari John Master. Apa-apa pun Budiey berpuas hati dengan imej terbaru mereka.

Jam 12.30 tengahari, host telah membaca lima orang Top 5 yang mana tiga orang dari mereka akan layak bergelar pemenang. Dan… Budiey rasa gembira sangat apabila tiga orang dari mereka adalah Budieyators. Tahniah kepada Shahril, Shazroul dan Syed Mohd Yasir.

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Untuk menentukan pemenang, sekali lagi mereka perlu tampil melakukan persembahan. Kami diberi masa 5 minit untuk merancang apa yang perlu dibuat. Yang penting, Budiey juga perlu membantu dan bersama mereka untuk buat persembahan. Mati la nak… kena bincang dengan tiga-tiga orang ni sekaligus dalam masa yang sangat pendek.

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Untuk Shahril, kami pakat nak menari dengan gaya K-Pop yang nampak comel. Manakala Shazroul, kami pakai nak menyanyi lagu raya Anuar Zain dan Syed Mohd Yasir pula, kami bersepakat untuk berlakon.

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Selepas semua selesai… keputusan pun diumumkan. Yeay, tempat pertama dan kedua dimenangi oleh Budieyators. Juara disandang oleh Shahril dan naib juara pula dimenangi oleh Shazroul.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Team Namee Roslan. Tahniah buat semua pemenang.

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Tahniah buat Shahril, pemenang tempat pertama juara pertandingan John Master Confident Men 2015 dengan membawa pulang hadiah voucher membeli belah John Master bernilai RM800. Yang seronoknya, Budiey juga turut mendapat hadiah yang sama. Yeay! Thanks John Master.

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Shazroul ditempat kedua berjaya membawa pulang voucher membeli belah John Master bernilai RM600 Budiey harap, John Master dapat mengadakan event seperti ini di masa akan datang kerana ia cukup memberi pengalaman berguna di samping dapat merapatkan lagi blogger dengan pembaca mereka.

Terima kasih sekali lagi Budiey ucapkan kepada John Master kerana sudi menjemput Budiey menjadi antara blogger pada pertandingan kali ini. Juga tak lupa nak berterima kasih kepada semua Budieyators yang menjayakan acara ini. Kita berjumpa lagi di lain masa okay. Semoga raya tahun ini lebih meriah, lebih ceria dengan gaya terbaru dari John Master.

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Lawak Warna 2015 Bakal Umum Top 5 & Pengacara

ISLE OF MTV MALTA