in

Budiey.com Dalam Citra Orang Muda Utusan Malaysia

Baru-baru ini, Budiey telah ditemubual oleh wartawan Utusan Malaysia untuk featured dalam ruangan .com (Citra Orang Muda). Terima kasih kepada wartawan Dhiya’Zulhilmi Daud kerana sudi menemubual Budiey. Ini adalah kali pertama Budiey tampil dalam akhbar Utusan Malaysia.

[dropcap]M[/dropcap]encari persepsi berbeza untuk tampil dalam berblogging membuatkan pemilik blog yang mahu dikenali sebagai Budiey Isma ini mencipta domain tersendiri mengenai pelbagai paparan berita sensasi selebriti di Malaysia.

[pullquote align=”right”]Laman blog Sensasi Selebriti yang dikendalikannya juga bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi dalam dunia hiburan masa kini.[/pullquote]

Masakan tidak, kini beliau mampu menerima sebanyak lebih 15,000 hit sehari. Beliau yang mula berblogging sejak 2003 tidak pernah terfikir untuk menjadi blogger sepenuh masa. Penulisannya juga sekadar untuk memenuhi masa lapang selain bertugas sebagai Editor Kandungan di salah sebuah syarikat di ibu kota.

Segalanya berubah sekitar 2007 apabila Budie menubuhkan secara rasmi blog miliknya yang digunakan hari ini iaitu Sensasi Selebriti. Blog anak jati Kelantan yang boleh dilayari melalui www.budiey.com ini juga kelihatan ringkas tetapi padat dengan informasi terkini mengenai berita hangat dunia hiburan tanah air.

Apa kata kita mengenali Budie dalam ruangan Blogger Pilihan minggu ini.

Budiey Utusan

Kemunculan awal
Saya mula berblogging sejak belum wujudnya internet berkelajuan tinggi seperti Unifi. Masa itu sekitar 2003, platform blogspot untuk blogger-blogger menulis juga belum wujud. Platform yang saya gunakan untuk menulis adalah blogdrive kerana ia satu-satunya platform blog di Malaysia ketika itu. Masa itu, saya menulis sebagai hobi mengisi masa lapang. Sehinggalah seorang rakan mengajak saya menghadiri majlis berkaitan hiburan. Ajakan itu telah memberikan semangat kepada saya untuk lebih fokus pada setiap entri yang menyaksikan blog Sensasi Selebriti lahir pada 2007.

Meniti getir
Pada peringkat awal, cabaran yang saya hadapi adalah ramai artis dan pegawai perhubungan awam tidak percaya kepada blogger-blogger. Streotaip ketika itu, blogger-blogger akan menulis sesuka hati memburuk-burukkan imej majlis yang dihadiri kerana penulisan mereka tidak ditapis seperti media arus perdana. Keadaan itu menyebabkan saya mencari idea untuk menunjukkan contoh penulisan yang boleh dihasilkan blogger bagi mempromosikan produk-produk mereka.

Sensasi Selebriti
Dalam Sensasi Selebriti, pembaca boleh mendapatkan gambar terkini selebriti, gosip artis, filem, muzik, video dan teater. Perbezaan Sensasi Slebriti adalah pembaca boleh mendapatkan maklumat terpantas mengenai kisah selebriti. Ia berbeza dengan sisipan khas hiburan melalui media cetak dan elektronik yang boleh diketahui setiap hujung minggu.

Guna Twitter untuk komersial blog
Peranan media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram sangat besar kerana ia dilanggan oleh jutaan pengguna. Sifatnya yang ringkas dan pantas dalam menyebarkan maklumat menjadikan ia medium popular menyebarkan maklumat. Sebagai blogger, saya perlu mencari alternatif lain untuk memastikan pengikut terus membaca blog saya.

Justeru, saya berkongsi entri blog melalui tweet di Twitter serta menyediakan link terus untuk pembaca layari Sensasi Selebriti bagi mengetahui berita lanjut.

Pendapatan lumayan
Dengan menjual iklan dalam ruangan blog selain menyertai komuniti Nuffnang, saya dapat menjana pendapatan lumayan sebagai blogger sepenuh masa. Bukan itu sahaja, sebagai blogger, saya turut mendapat tawaran berbayar daripada syarikat-syarikat korporat untuk mempromosikan produk mereka. Perkara ini menjadi mudah apabila kita mempunyai pengikut yang ramai.

Pada peringkat awal, saya mampu memperolehi pendapatan sampingan sekitar RM700 tetapi sejak menjadi blogger sepenuh masa, alhamdulillah rezeki yang diperolehi kini sangat lumayan.

Inspirasi blogger lain
Sesiapa sahaja yang berjaya bermula dengan kegigihannya. Nasihat saya pada blogger-blogger baharu yang meningkat naik, jangan mudah putus asa sekiranya entri anda tidak dibaca atau kurang dibaca. Tetapi teruskan usaha untuk mencipta entri yang lebih baik serta berusaha mendapatkan follower yang secukupnya, selain kita juga menjadi follower kepada blogger lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aidil Zafuan Cerai Rita Rudaini Talak Satu Melalui SMS

Gambar Jam Tangan Terbaru Sevenfriday P3