Berikutan k0mplikasi kesihatan pada Januari 2019, Karl Lagerfeld dimasukkan ke American Hospital of Paris di panggir bandar Paris, Neuilly-sur-Seine pada 18 Februari. Keesokan harinya, beliau mennggal dunia di hospital pada usia 85 tahun. Walaubagaimanapun, punca kem4tian belum didedahkan.
Seperti kita ketahui, Karl Lagerfeld tidak mempunyai anak, beliau sekadar miliki seekor kucing Choupette – haiwan kesayangan yang ramai beranggapan kucing itu bagaikan anak Karl yang paling rapat.
Tetapi beliau mempunyai seorang godson, Hudson Kroenig yang baru berumar 11 tahun – kanak-kanak lelaki yang sentiasa dilihat bersama lagenda tersebut.
Nilai Harta Karl Lagerfeld
Yang pasti sama ada nama budak lelaki yang merupakan anak sulung model lelaki dan muse Lagerfeld, Brad Kroenig ditulis dalam wasiat menjadi persoalan netizen. Karl dalam satu wawancara pada tahun lepas menjelaskan bahawa kekayaannya yang mencecah $200 juta (lebih RM800 juta) akan pergi kepada beberapa orang dan Choupette kucingnya.
Kemungkinan diwarisi oleh Hudson dan bapanya, yang sudah seperti ‘keluarga’ kepada Karl. Hudson memulakan kerjaya model untuk Chanel pada usia dua tahun dan terus menjadi favoriteKarl.
Bagaimana Hudson Kroenig Menjadi godson?
Brad dan Karl bertemu di set editorial untuk majalah V Man. Dia adalah salah seorang model kegemaran Karl, sampaikan beliau mendedikasikan seluruh buku untuk potret Brad sahaja. Brad sangat menghargai cara lagenda itu memupuk kerjayanya, dan apabila dia mempunyai seorang anak lelaki pada tahun 2009, dia meminta Karl menjadi goffather. Nescaya ia adalah satu penghormatan yang diambil Karl dengan senang hati.
“Saya melihat mereka seperti keluarga, saya sama sekali tidak mempunyai keluarga. Saya senang dengan perhubungan ini, mempunyai anak tetapi tanpa masalah yang tidak menyenangkan anak-anak ‘sendiri’ cipta,”
– Brad dan Karl
Kucing Belaan Turut Dinamakan Sebagai Pewaris.
Choupette, seekor kucing baka Burma mula dibela oleh oleh Lagerfeld pada 2011.
Kucing itu menjadi selebriti media sosial apabila ia mengumpul lebih 100,000 pengikut di Instagram.
Salam takziah untuk warga Chanel dan keluarga Karl Lagerfeld.
sumber: wanista via GengJoyah