Begitu juga yang dialami oleh tukang masak bubur lambuk Kampung Baru, Zainal Abidin Hamid, 65, apabila beliau turut terkesan dengan keadaan sekarang.
Sedih juadah popular setiap kali Ramadan itu, buat pertama kalinya tidak dapat diedarkan kepada masyarakat selepas 100 tahun beroperasi akibat PKP.
“Ini kira sejarah. Walaupun sedih, saya tetap reda dengan apa yang berlaku dan berharap keadaan akan kembali pulih seperti biasa,”
Tambahnya lagi, ia bermula sejak 100 tahun dulu apabila jemaah masjid bersepakat membuat bubur lambuk.
“Saya adalah generasi keempat dan resipi keenakan bubur lambuk adalah turun temurun dari jemaah masjid yang lain
“Kebiasaannya kami akan mengedarkan 4,000 bubur lambuk setiap hari pada bulan Ramadan setiap tahun, namun kali ini berbeza, hanya tinggal periuk kosong sahaja,”
– Zainal Abidin Hamid
Namun, menurut pak cik Zainal, sesiapa yang mahu membuat tempahan bubur lambuk daripadanya bolehlah terus menghubungi beliau.
“Ramai orang yang menghubungi saya bertanya mengenai bubur lambuk pada tahun ini, sebab itu saya terima tempahan dengan kuantiti sedikit
“Sekurang-kurangnya dapat melepaskan kerinduan masyarakat terhadap bubur lambuk Kampung Baru,”
– Zainal Abidin Hamid