Kali ini, pelakon tersebut turut serta membuat #rutinharianchallenge bersama anaknya membuatkan ramai terhibur. Mana tidaknya, Engku Aleesya dengan spontan telah membuat mimik muka tidak percaya dengan rutin harian yang disebut oleh ibunya kerana tidak seperti realiti sebenar.
Mummy bangun subuh lepas tu tidur balik
Paling mencuit hati sudah tentu pengakuan Erra yang mendakwa akan terus ke pasar selepas bangun solat subuh sekitar jam 6 pagi.
Muka Aleesya terus berubah dan membocorkah rahsia bahawa ibunya akan duduk sebentar dalam sepuluh hingga ke 15 minit selepas solat subuh dan kemudian sambung tidur sehingga jam 10 pagi..Gadis manis berusia 12 tahun itu turut memaklumkan yang ibunya tidak pergi pun berjogging dan dia hanya makan roti atau sarapan yang sedia ada sebelum mengikuti kelas online.
Habis Rutin Harian Mak Dibongkar
Perbualan comel mereka berdua pun tular dan mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata terhibur dengan tindakan Aleesya yang membuat ‘kantoi’ ibunya dengan rutin harian yang sama sekali tidak dilakukan itu.
Mereka juga turut memuji kebersamaan Erra Fazira dan anaknya, Engku Aleesya yang sangat sweet dan cantik serta akrab sekali dengan ibu tersayang.