Menerusi satu video yang tular di TikTok, kedua-dua pasangan selebriti itu sedang berjalan memasuki perkarangan tapak festival berkenaan sambil disapa dan ditegur beberapa orang peminat.
Dapat dilihat, Nad hanya mengangkat tangan selepas ditegur manakala Ungku seakan tidak mengendahkan teguran yang diberikan kepada mereka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Nad dan suaminya yang seakan tidak mesra dengan peminat. Namun, ada juga yang tampil mempertahankan Nad dengan menganggap berkemungkinan pelakon itu tidak sihat badan.