Pempengaruh media sosial terkenal, Ryan Bakery membuat kelainan dengan tampil berganding bahu bersama Andi Bernadee dalam menjayakan single tersebut.
‘Raya Last Minit’, ciptaan komposer terkenal iaitu Firdaus Rahmat bersama dengan Iqie Hugh dan John Jeeves ini menceritakan situasi persiapan raya last minute.
Menurut Ryan, idea untuk menghasilkan single ini tercetus daripada syarikat pengurusannya iaitu FYP Media.
“Mereka mahu saya menyanyikan sebuah lagu raya untuk memeriahkan industri. Saya dah pernah berlakon dan terlibat dalam beberapa kerja seni yang lain, mengapa tidak cuba menyanyi.
“Walaupun risau pada peringkat awal untuk merakamkan lagu, semua itu jadi menarik apabila bertemu dengan Andi Bernadee di studio,†terang Ryan Bakery.
Menurut Andi pula pihak pengurusannya juga memberitahu tentang projek lagu raya dan akan digandingkan bersama TikTokers terkenal dan viral iaitu Ryan Bakery.
“Andi terus jawab YES, tapi nak kena pilih dan dengar lagu dulu samada sesuai atau tidak dengan karakter kami berdua. Bila dapat ‘demo’ lagu ni Andi rasa ada satu vibes yang boleh ‘go’ dengan Ryan. Hasilnya seperti yang anda dengar hari iniâ€, jelas Andi Bernadee.
Menjelaskan tentang konsep video muzik ini, Ryan menyatakan terdapat banyak idea yang muncul ketika mereka mahu menghasilkan konsep MV.
Tetapi mereka memilih kisah dua beradik yang sibuk bekerja sehingga terlupa membeli tiket untuk pulang ke kampung.
“Mereka gagal membeli tiket dan akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke kampung halaman. Pelbagai insiden lucu dan menarik perhatian sepanjang perjalanan pulang. Akhirnya apabila sampai di kampung, kesemua ahli keluarga dan saudara mara tiada di rumah. Rupanya mereka beraya di bandar.†Kata Ryan.
Lagu ‘Raya Last Minit’’ kerjasama Warner Music Malaysia dan FYP Media ini boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 31 MAC 2023.
Manakala video muzik rasmi ‘Raya Last Minit’ sudah boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 31 MAC 2023 pada jam 10 malam.