Memetik laporan Billboard, album tersebut terjual laris sebanyak 242,000 unit hanya dalam masa seminggu selepas dipasarkan. Berdasarkan data yang didapati oleh Nielsen Music itu, penjualan unit album tersebut adalah setara dengan penjualan album di Amerika Syarikat.
Lebih menarik, kedudukan tangga pertama dalam carta tersebut diduduki BTS buat kali yang kedua dalam tahun ini selepas album Map of the Soul pada Mac lalu.
Secara keseluruhan, BTS telah menduduki carta di tangga pertama dalam Billboard 200 sebanyak lima kali.
Selain Be dan Map of the Soul, album lain yang pernah mencipta rekod sebelum ini adalah Love Yourself : Tear, Love Yourself : Answer, dan Map of the Soul : Persona.
Lebih membanggakan, kumpulan ini meraih kejayaan dalam carta tersebut hanya dalam masa dua tahun enam bulan sejak tahun 2018.
Sumber & Kredit Foto : billboard.com