Lebih manis lagi lagi, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus sendiri yang menjemput BTS.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter peribadinya, Dr Tedros menjemput septet tersebut untuk mempersembahkan lagu hit terbaharu mereka berjudul Dynamite di perhimpunan tahunan berkenaan.
Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan mengucapkan tahniah kepada BTS kerana memecah rekod YouTube dengan mendapat jumlah tontonan sebanyak 100 juta dalam masa satu hari menerusi video muzik Dynamite.
Bagaimanapun buat masa ini BTS masih belum memberikan maklum balas berkenaan dengan jemputan tersebut.
Terdahulu, ini bukannya kali pertama Dr Tedros mempelawa BTS untuk bergabung tenaga dengan pertubuhan antarabangsa tersebut.
Sebelum ini, beliau mencalonkan BTS untuk menyertai kempen “Safe Hands Challenge” sekitar Mac lalu.
Kempen tersebut bertujuan menyarankan orang ramai untuk cuci tangan dengan kerap bagi memutuskan rantaian COVID-19.