PENYANYI Britney Spears bakal muncul dengan album baharu tidak lama lagi. Menurut laporan People.com, penyanyi berusia 33 tahun itu mengesahkan sudah menyiapkan album penuh itu pada Selasa lalu.
“Saya sedang bekerja kuat untuk album baru!” katanya.
Minggu lalu, Britney memuat naik status di Twitter mengatakan dia baru sahaja selesai merakamkan sebuah lagu dengan meletakkan hashtag ‘B9’.
“Baru sahaja selesai dengan rakaman lagu. Saya sukakannya kerana ia membuatkan saya senyum. Harap-harap lagu ini juga dapat memberi kegembiraan kepada anda semua #B9,” ujarnya.
Sehingga kini Britney belum mengulas lanjut mengenai persiapan album baharunya itu.