Nelydia berkata, majlis itu diadakan sebagai pertemuan untuk memaklumkan berita gembira perkahwinannya dengan jejaka dikenali sebagai Hafiz.
“Ini majlis pertemuan biasa. Saya aturkan untuk memberitahu secara rasmi akan berkahwin tidak lama lagi kepada jemputan yang terdiri daripada adik-beradik dan rakan perempuan saja.
“Pada majlis itu saya buat sedikit permainan dan pemenangnya dapat hadiah. Dalam masa sama, saya nak berkongsi momen gembira ini dengan mereka.
“Lagipun ini saja masa yang sesuai untuk kami berjumpa sebab saya sangat sibuk dengan kerjaya dan urusan perkahwinan,”
– Nelydia Senrose
Ditanya mengenai tindakannya membaling bunga kepada tetamu yang hadir, Nelydia menganggap ia sebahagian daripada permainan.
“Saya buat sekadar suka-suka. Tidak membawa maksud apa-apa pun,”
Nelydia Senrose
Bercerita mengenai perkahwinannya itu, Nelydia mengesahkan bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, dia belum bersedia untuk berkongsi butiran lanjut mengenai majlis pernikahannya itu.
“Ya, majlis kahwin dah nak dekat. Doakan semuanya dipermudahkan dan segala urasan berjalan lancar.
“Saya berharap semua pihak menghormati keputusan untuk tidak bercerita lanjut. Sebagai pihak perempuan kurang manis untuk saya terlalu bercerita.
“Apa saya boleh katakan doakan yang baik-baik saja. Nanti saya akan kongsikan juga apabila sudah sampai waktu,”
– Nelydia Senrose