Pada jam 10 pagi tadi, Budiey telah menghadiri Let’s Chat with Brian Mcknight yang kini berada di Malaysia untuk mengadakan persembahan More Than Words – An Intimate Evening with Brian Mcknight. Sidang media yang dianjurkan oleh JAG Events itu diadakan di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur itu juga turut menampilkan orang kuat JAG Events. Konsert sempena hari ibu ini diadakan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur pada esok, 9 Mei 2014, jam 8 malam.
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi antarabangsa yang terkenal dengan lagu Back At One ini. Sepanjang tempoh kariernya, beliau pernah berkolaborasi dengan beberapa nama besar seperti Justin Timberlake, Nelly, Mariah Carey, Christina Aquilera, Vanessa William, Willie Nelson, Kenny G dan ramai lagi. Brian juga berjaya meraih pelbagai anugerah berprestij antaranya American Music Award, Soul Train Awards, Blockbuster Awards dan banyak lagi. Dengan populariti dan peminat di Malaysia yang sentiasa menantikan kehadiran beliau, sudah tentu konsert kali ini bakal meninggalkan satu memori yang tak dapat dilupakan.
Ini adalah kali kedua Brian McKnight menjejakkan kakinya di bumi Malaysia. Akan tetapi untuk konsert solo, pastinya ini adalah yang pertama. Brian sangat teruja dan menantikan saat untuk bertemu mata dengan peminat di Malaysia dan menjanjikan persembahan yang mantap untuk mengembalikan memori peminat. Penghibur yang memang cukup terkenal dengan lagu-lagu berentak R&B dan Soul ini juga turut menyukai cuaca panas di Malaysia.
“Semua orang rata-ratanya tahu lagu-lagu saya majoritinya bertemakan kisah percintaan. Saya akan pastikan konsert saya ini akan membuatkan orang menangis, orang ketawa, orang tersenyum dan rasa jatuh cinta dengan alunan lagu saya. Saya akui, tiada apa-apa kejutan yang bakal diberikan pada malam konsert nanti, tetapi malam tersebut bakal meninggalkan impak kepada semua peminat yang hadir, itu janji saya.”
Mengulas mengenai kesediaan dirinya untuk mengadakan konsert di negara-negara lain, pelantun lagu ‘Back at One’ ini menyatakan yang dirinya sudah bersedia untuk menjelajah ke serata dunia.
“Saya akui, jalur muzik ‘R&B’ dan ‘soul’ agak perlahan sekarang, tapi saya percaya masih ada peminat-peminat yang menghargai genre muzik tersebut seperti saya. Saya bersedia untuk menjelajah ke serata dunia, selagi ada peminat yang mahu menonton persembahan saya.”
Budiey agak terperanjat juga apabila Brian McKnight juga memberitahu sepanjang 26 tahun bergelar penyanyi dan dengan puluhan lagu hits ciptaannya, tiada satu pun lagu yang menjadi lagu kegemarannya. Ini kerana bagi penyanyi berusia 45 tahun ini menyifatkan semua lagu yang dihasilkannya itu merupakan sebahagian daripada hidupnya.
Bagaimanapun beliau lebih senang menyerah pada peminat-peminat untuk menilai lagu mana yang bagus dan menjadi kegemaran mereka.
“Saya tidak pernah ada lagu kegemaran dalam mana-mana lagu ciptaan saya. Sebab, semua lagu itu adalah sebahagian daripada hidup saya. Tapi saya serahkan pada peminat untuk tentukan sendiri mana satu lagu yang mereka paling suka. Apapun, saya akan terus berkarya selagi peminat mahu mendengar nyanyian saya. Malah saya sanggup pergi hingga ke ceruk dunia sekalipun untuk menghiburkan peminat saya.”
Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangannya mahu mengadakan konsert di negara-negara lain, pelantun lagu ‘Back at One’ ini berkata, beliau bersedia untuk menjelajah ke serata dunia.
“Saya akui, jalur muzik R&B dan Soul agak perlahan sekarang, tapi saya percaya masih ada peminat-peminat yang menghargai genre muzik tersebut seperti saya. Saya bersedia untuk menjelajah ke serata dunia, selagi ada peminat yang mahu menonton persembahan saya.”
Selain itu, bagi lebih mendekati peminatnya di seluruh dunia, beliau melancarkan laman web McKnight360.com yang memuatkan lagu dan klip video muzik baru setiap bulan. Beliau juga mendedahkan sudah menulis lebih 1,000 lagu yang
belum didengari sesiapa.
Dicalonkan sebanyak 16 kali untuk Grammy Awards, Brian berkata, pelaksanaan projek itu juga inspirasi daripada pelancaran album kelimaBeyonce tanpa menggunakan sebarang promosi atau previu dalam aplikasi iTunes pada Disember lalu.
Selepas melancarkan album studio ke-15 berjudul ‘More Than Words’ pada tahun lalu, beliau mahu menjual lagunya secara terus kepada peminat yang setia bersamanya sejak membina karier pada 1992. Beliau juga telah berjaya menempa nama dalam sejarah muzik antarabangsa setelah mengeluarkan 15 album dengan mencatat jualan album melebihi 20 juta unit di seluruh dunia.
“Saya tertarik dengan pendekatan yang diambil oleh Beyonce yang membuktikan artis tidak perlu bergantung kepada strategi pemasaran untuk membantu melariskan produk.”
Brian telah berjaya menempa nama dalam sejarah muzik antarabangsa setelah mengeluarkan 15 album dengan mencatat jualan album melebihi 20 juta unit diseluruh dunia. Nama konsert ‘More Than Words – An Intimate Evening with Brian McKnight’ ini sendiri dipetik daripada salah satu albumnya.
Tahun lalu, Brian melancarkan albumnya yang ke-15 berjudul More Than Words, beliau mahu menjual lagunya secara terus kepada peminat yang setia bersamanya sejak membina karier pada tahun 1992. Ternyata ribuan peminat sanggup membelanja sebanyak RM325 semata-mata mahu menyaksikan persembahan beliau setiap tahun. Oleh kerana itu, beliau merasakan tindakan menjual karya sendiri secara terus kepada peminat adalah logik.
Bakal mendendangkan lagu-lagu hitnya, konsert ‘More Than Words – An Intimate Evening with Brian Mcknight’ bakal berlangsung pada Jumaat, 9 Mei 2014. 8.30 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Peminat masih boleh lagi mendapatkan tiket menerusi laman web www.jagtickets.com