in

BRAND’S® Royal Superior Bird’s Nest

BELAI DIRI ANDA BAGAI SANG PUTERI

Pada zaman Dinasti Tang dan Sung di China, hidangan sarang burung merupakan juadah khas untuk kerabat diraja sahaja, tetapi kini khasiat dari sarang burung yang membekalkan kebaikan untuk kecantikan terutamanya untuk kaum wanita boleh didapati dengan mudah.

Namun begitu, tidak semua produk sarang burung di pasaran mempunyai kualiti yang sama dan salah satu daripada produk sarang burung yang paling berkualiti tinggi ialah BRAND’S® Royal Superior Bird’s Nest, yang sumbernya dari gua di gunung-ganang yang tinggi dengan persekitaran yang bersih lagi segar serta kaya dengan zat galian. Setiap botol BRAND’S® Royal Superior Bird’s Nest mengandungi 100% sarang burung tulen pada gred tertinggi.

panel ad

BRAND’S® Royal Superior Bird’s Nest menawarkan dua jenis pilihan iaitu ‘Rock Sugar’ dan ‘Sugar Free’. Ia boleh didapati dengan harga runcit RM82.80 (3 botol x 70g) dan RM138 (5 botol x 70g) di cawangan terpilih Guardian, Watson’s, Jusco dan Tesco.

Jenama sarang burung dalam botol terlaris di dunia, BRAND’S® terus membekalkan kebaikan untuk kaum wanita melalui proses kawalan kualiti yang tinggi bagi memastikan para penggunanya mendapat khasiat paling berkesan daripadanya.

Dengan menggunakan teknologi FTIR (Fourier Transform Infrared Spectroscopy) untuk membezakan sarang burung yang tulen dan tidak tulen, BRAND’S® memberi 100% jaminan kualiti untuk setiap botol BRAND’S® Royal Superior Bird’s Nest!

“Sarang burung, yang dahulunya merupakan hidangan istimewa untuk kaum bangsawan dan kerabat diraja, kini para pengguna boleh mendapatkannya dengan mudah untuk menjaga dan menyihatkan tubuh badan mereka. Dibandingkan dengan sarang burung mentah, BRAND’S® Royal Superior Bird’s Nest dalam botol kami adalah jauh lebih bersih dan mempunyai kandungan zat yang lebih kaya serta berkualiti tinggi,” kata Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang.

“Para pengguna kini lebih peka untuk memilih produk sarang burung bermutu tinggi yang dijual di pasaran dan ramai di kalangan mereka juga dapat membezakan ketulenan sarang burung BRAND’S® yang ternyata lebih berkesan dan berkualiti tinggi. Sokongan dari para penggunalah yang mengekalkan kedudukan jenama ini sebagai jenama sarang burung dalam botol terlaris di dunia,” tambah Koh.

Sarang burung dikenali turun temurun sebagai ramuan berkhasiat untuk melembabkan dan menegangkan kulit untuk paras rupa yang lebih jernih dan halus serta menguatkan fungsi paru-paru. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan BRAND’S® di talian 1-300-228-300 atau layari www.brandsworld.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Pelancaran KRU Academy

Salun Rias Eksklusif buat Selebriti