in

Boost Juice Bagus Untuk Kesihatan

Semua Orang Kini Boleh Menjalani Hidup Lebih Sihat dengan Menu Baharu dan Harga Lebih Rendah di Boost Juice

Kini warga Malaysia berpeluang menjalani hidup yang lebih sihat sambil menikmati khasiat daripada minuman-minuman jus berkhasiat terbaru Boost Juice, pada harga yang lebih rendah!

Pengarah Urusan dan Francaisi Utama Boost Juice Bar di Malaysia dan Singapura, Dr Soraya Ismail telah mengumumkan menu serba baru dengan kebanyakan minuman di Boost kini pada harga di bawah RM10.

“Menu ini dirumus khas untuk warga Malaysia. Setelah lebih daripada empat tahun beroperasi, kami semakin memahami kehendak dan kegemaran pelanggan. Jadi, menu dan harga baharu kami memenuhi segalanya,” jelas Dr Soraya.

Sejak membuka cawangan pertamanya pada Jun 2009, Boost telah diterima baik di pasaran Malaysia dan Singapura, dan kini mempunyai sebanyak 28 buah cawangan. Ia telah berjaya mendapat tempat di kalangan pelanggan, dan oleh sebab itu ia mampu mendapatkan harga istimewa daripada pembekal-pembekal, terutama sekali untuk bahan-bahan yang diimport dari Australia.

“Kami ingin berkongsi penjimatan yang kami nikmati bersama pelanggan. Kami ingin ‘setiap orang sihat’ dan jika lebih ramai warga Malaysia mampu membeli Boost, maka kualiti hidup di negara kita dapat dipertingkatkan, pada masa yang sama kita melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih sihat,” jelas Dr. Soraya.

“Sedang jenama lain sibuk menaikkan harga, kami pula berbeza dan berkongsi kejayaan kami dengan pelanggan. Harga yang lebih rendah merupakan cara untuk kami berterima kasih ke atas sokongan yang diberikan oleh pelanggan setia kami sejak kali pertama kami membawa jenama Boost Juice Australia ke Malaysia,” tambahnya lagi.

“Semua jus dan smoothie sekurang-kurangnya 98% bebas lemak, tidak menggunakan perisa tambahan, bahan awet, pewarna dan tiada gula atau air. Sebenarnya, ‘tidak menambahkan apa-apa’ adalah jaminan Boost. Bukan sahaja minuman kami sungguh berkhasiat, rasanya juga sedap. Ramai pelanggan kami terkejut apabila mendapati minuman berkhasiat seperti ini sedap. Kami juga bersungguh-sungguh dalam memberi produk berkualiti. Kami hanya menggunakan buah-buahan terbaik (contohnya lobak merah Australia dan bukannya lobak merah China yang rendah mutunya) dan semua smoothie kami mengandungi yogurt TD4 yang dipaten dan diimport dari Australia. Ia mengandungi kultur hidup yang baik untuk penghadaman,” jelasnya.

Menu baharu ini turut mengandungi tiga kategori baharu: Skinny Smoothies, Malaysian Favourites dan Local Juices. Skinny Smoothies adalah pilihan yang rendah kalori, di mana kandungan kalorinya kurang daripada dua biji epal. Malaysian Favourites pula adalah smoothie rendah lemak Boost yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Pelanggan juga boleh menikmati pilihan jus-jus tempatan pada harga yang lebih rendah jika mereka menghasilkan campuran jus sendiri menggunakan buah-buahan tempatan seperti tembikai. Selain itu, terdapat juga 2 minuman baru di dalam kategori super smoothie. Skinny Dip dibuat khas untuk pelanggan yang mahukan gantian hidangan rendah lemak dan kegemaran Soraya pula adalah smoothie dengan mangga, yogurt vanila TD4 dan teh hijau.

“Kami juga ingin memperluaskan pilihan pelanggan,” tambahnya lagi. Menu baru menawarkan makanan di samping pelbagai pilihan jus dan smoothie. Bagi mencerminkan falsafah Boost, ‘Sayangi Hidup & Kekal Sihat’, pilihan makanan Boost Food termasuklah wrap berkhasiat dan sandwich, buah-buahan potong yang segar, di samping snek seperti Wonder Bar, Roti Pisang dan Kek Lobak yang rendah lemak.

Menu dan harga baru telah dilancarkan pada hari ini, bersempena dengan pembukaan premis berformat besar dan berduduk pertama Boost Juice di Malaysia. Ia terletak di INTI International College, Subang Jaya dengan harapan untuk memberi pilihan mudah yang lebih sihat, terutama sekali kepada pelajar kolej.

“Kami teruja dengan pembukaan premis berformat besar dan berduduk kami yang pertama. Kini, pelanggan boleh meluangkan masa bersama sambil menikmati jus dan smoothie kegemaran mereka. Malah, mereka juga boleh menikmati hidangan yang berkhasiat,” tambah Soraya.

“Untuk tenaga dan stamina sepanjang hari, tubuh kita perlukan jumlah kalori yang baik. Ia boleh ditemui di dalam Boost yang lengkap dengan khasiat-khasiat penting,” jelas Dr Soraya yang merupakan pengamal gaya hidup sihat.

Dr Soraya yakin bahawa bahan-bahan yang segar dan berkualiti merupakan faktor pelanggan kerap kembali ke Boost. Tambahnya lagi, menu baharu ini pasti diterima baik di kalangan pelanggan setia dan pelanggan baru. Boost juga bercadang untuk berkembang dengan lebih luas, malah mempunyai rancangan untuk menggandakan jumlah cawangan di Malaysia dan Singapura menjelang 12-18 bulan melalui gabungan milikan syarikat dan francais.

TENTANG BOOST JUICE

Berasal dari Adelaide, Boost Juice Bars adalah francais yang pesat berkembang di Australia sebelum Dr Soraya berjaya menyaingi 100 pemohon lain untuk menjadi francaisi utama di Malaysia dan Singapura – walaupun beliau tidak mempunyai pengalaman di dalam industri makanan dan minuman. Sejak pembukaan cawangan pertama di Suria KLCC pada Jun 2009, Boost Juice telah berkembang kepada 24 cawangan di Malaysia dan 4 di Singapura, pada masa yang sama mempunyai rancangan untuk berkembang lebih jauh. Melalui produk smoothie dan jus yang ‘Serius tentang Kesihatan’, produk Boost tidak mengandungi pewarna tambahan, perisa tambahan atau pengawet, dan semua minuman adalah sekurang-kurangnya 98% bebas lemak.

Ditulis oleh: Arc Worldwide; part of Leo Burnett Malaysia
Bagi pihak: Boost Juice Bars

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Nadia Mahmud, PR Manager, Arc Worldwide / Leo Burnett Malaysia di tel.: 013 365 9336 atau emel: [email protected]

Subashni Sundarasan, Senior PR Manager, Arc Worldwide / Leo Burnett Malaysia di tel.: 03-2031 0998 9336 atau emel: [email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Homefront Lakonan Jason Statham

AirAsia Kini Dah Ada 2 Juta LIKE di Facebook