in ,

Bongkak Elizad Sharifuddin Buat Ungku Ismail Menyampah?

Sikap bongkak Elizad Sharifuddin buat Ungku Ismail menyampah? Elizad dikatakan sangat terdesak untuk mencari teman lelaki dan Ungku Ismail terpaksa berlakon menjadi kekasihnya. Semuanya dilakukan semata-mata untuk memiliki harta perniagaan milik ayahnya. Memang benar, Elizad mencari teman lelaki untuk mendapat harta.

Tetapi… itu semua hanyalah sekadar watak yang dibawa dalam drama terbaharu yang menggandingkannya bersama Ungku Ismail Aziz di slot Akasia, Teman Lelaki Upahan yang telah bersiaran pada 9 Februari lalu menggantikan drama Istikharah Cinta lakonan Zul Ariffin dan Faye Kusairi.

TemanLelakiUpahan

Drama yang diadaptasi dari novel karya Azura Rasiddin dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusof ini diterajui oleh Elizad Sharifuddin, Ungku Ismail Aziz, Fikhree Bakar, Izara Aishah dan ramai lagi. Teman Lelaki Upahan mengisahkan mengenai Kyra Lydia (Elizad Sharifuddin), gadis bongkak yang terdesak untuk mencari teman lelaki supaya harta milik ayahnya, Datuk Azham (Rahhim Omar) agar tidak jatuh ke tangan ibu tirinya, Datin Izzati (Zarrnn Min).

Hubungan Kyra dan ayahnya telah lama berantakan sejak ibunya, Alina (Fazlina Ahmad Daud) pergi meninggalkan mereka. Pelbagai usaha dilakukan oleh Datuk Azham untuk memperbaiki hubungannya dengan Kyra tetapi tidak berjaya. Dengan meletakkan syarat iaitu Kyra mesti membawa seorang calon teman lelaki yang boleh menjadi suami kepada Kyra, Datuk Azham berharap lelaki itu dapat melembutkan hati Kyra dan menyatukan keluarga mereka semula.

Semuanya bermula, apabila berlaku insiden kecil di Restoran The Spice milik Ezwan Lutfi (El) telah menyebabkan El terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. El telah menumpahkan mi kari pada pakaian mahal milik Kyra. Pada mata Kyra, El adalah seorang lelaki yang sederhana dan tidak punya apa-apa tanpa mengetahui hakikat sebenar bahawa El datang dari keluarga yang berada.

Kyra merasakan El adalah calon yang tepat untuk dipergunakan setelah dirinya dikecewakan teman lelakinya, Haider (Fikhree Bakar) dan sebagai ganti rugi bagi pakaian yang telah dirosakkan oleh El. El pada mulanya tidak mahu membantu Kyra kerana merasakan Kyra seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam. Tetapi setelah Kyra menjanjikan sebuah banglo putih di tepi pantai yang sudah lama menjadi idaman El, dia bersetuju.

Perasaan benci yang terlalu kuat dikatakan mampu bertukar menjadi sayang. Dalam diam mula terbit rasa cinta di hati kedua mereka. Kerana ego yang menebal, El dan Kyra hanya memendam perasaan dan masih terus berpura-pura memainkan peranan masing-masing. Adakah El akan berjaya meruntuhkan ego dan menundukkan sikap bongkak Kyra Lydia? Ikuti kesudahan Teman Lelaki Upahan setiap Isnin hingga Khamis, 6.55 petang di slot Akasia TV3! Untuk siaran ulangan, anda boleh layari www.tonton.com.my. Layari juga laman web rasmi TV3 di www.tv3.com.my dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia untuk berita dan informasi terkini.

Rahhim Omar & Aleeya

TLU-Elizad 1

Fazlina Ahmad Daud

TLU Elizad & Fikhree

Fikhree

Kyra Lydia (kanak2)

TLU Elizad & Ungku 2

tlu-Ungku Ismail 3

tlu-10405

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akim Mengaku Bercinta Dengan Stacy Sejak 3 Tahun Lalu

Peraduan Tiket Menonton Konsert Ed Sheeran Live in Malaysia