Setiap wanita inginkan badan yang cantik menawan, terutamanya sewaktu bertemu dengan sanak saudara dan sahabat handai di musim perayaan. Pastinya anda mahu menyambut kedatangan mereka dengan penampilan yang menarik.
Sama ada anda mahu tampil hebat pada musim Raya ini atau bercadang untuk mengurangkan beberapa inci selepas banyak menjamu selera sewaktu musim perayaan, rangkaian rawatan terkini Body Contouring Treatments daripada AsterSpring yang direka khas untuk membentuk badan anda melalui siri program menganjal, ton dan menyahtoksin – semuanya dengan menggunakan produk dan kaedah rawatan badan yang baru dan selamat.
Pengurus Besar AsterSpring, Karen Ho semasa pelancaran rawatan Body Contouring Treatments yang terkini berkata bahawa program ini merupakan pilihan yang terbaik kerana ianya tidak memenatkan atau memudaratkan serta selesa bagi wanita yang ingin kelihatan langsing menawan dan mengekalkan bentuk badan mereka.
“Diet dan senaman mungkin adalah cara terbaik untuk menjadikan badan lebih menawan dan mendapatkan bentuk badan yang cantik. Walau bagaimanapun, dengan kedatangan bulan Ramadhan, ia mungkin dianggap sebagai satu bebanan.
“Bagi mengatasi masalah tersebut, sesetengah wanita mungkin akan mengambil langkah serta mempertimbangkan prosedur kosmetik seperti penyedutan lemak (liposuction) dan pelbagai cara menegangkan tubuh badan (body lift) mereka. Namun bagi kebanyakan wanita, mereka tidak mahu melakukan cara yang drastik dan memudaratkan seperti itu.
“Di AsterSpring, kami ingin menawarkan penyelesaian yang seimbang iaitu di antara pilihan yang meletihkan seperti diet dan senaman ataupun pembedahan kosmetik yang ekstrem. Body Contouring Treatments kami ini selamat, tidak memudaratkan, tidak membebankan dan yang pastinya dapat merehatkan tubuh dan minda anda.
“Rawatan ini amatlah sesuai bagi mereka yang mahu mempertingkatkan penampilan badan mereka dengan menganjalkan, membentuk serta mengurangkan masalah selulit, semuanya sebelum musim perayaan atau pada bila-bila masa sahaja,” katanya.
Ho seterusnya menekankan bahawa program Body Contouring Treatments yang terkini ini direka sejajar dengan visi kesihatan secara menyeluruh yang sinonim dengan AsterSpring.
Ini bermakna, program tersebut perlu memenuhi keperluan untuk memperbaiki kulit pelanggan serta kesihatan badan mereka di samping mempertingkatkan penampilan estetik secara keseluruhannya.
“Kebaikan Body Contouring Treatments di AsterSpring bukan terhad pada bentuk badan sahaja. Setiap program sebenarnya menggalakkan kesihatan individu di samping fungsinya membentuk badan.
“Sebagai contohnya, program menganjal dan membentuk ini membantu membina semula kolagen di dalam badan dan menyahtoksin; manakala program menghalus dan mengkondisi kulit pula membantu memperbaiki pengaliran darah dan membuang minyak, kotoran, bahan cemar dan lain-lain bahan buangan berlebihan daripada badan,” katanya.
Hos rancangan televisyen, Azzura Azizul dan Suraya Yeop Junior yang hadir semasa majlis pelancaran program Body Contouring Treatments terkini ini, amat bersetuju dengan cara kesihatan keseluruhan kulit dan badan AsterSpring.
Kedua-dua selebriti ini amat dikenali di kalangan wanita Malaysia sebagai hos rancangan TV3 yang popular, Wanita Hari Ini sebuah rancangan wawancara wanita. Mereka telah melahirkan anak pertama mereka tahun lalu dan sejak itu telah berusaha untuk mendapatkan semula bentuk badan asal mereka sebelum bersalin.
Suraya, yang bayinya kini berusia 3 bulan berusaha untuk mendapatkan bentuk badan asalnya.
“Menganjal dan membentuk badan adalah perlu bagi wanita selepas bersalin kerana perbezaan berat badan sebelum dan semasa mengandung jauh berbeza. Saya bernasib baik kerana hilang banyak berat badan selepas melahirkan kerana saya memberi susu badan kepada bayi saya, akan tetapi kulit saya tidak seanjal dulu.
“Saya memerlukan bantuan untuk membentuk dan menganjalkan semula badan saya. Semestinya saya memilih cara paling sihat untuk memastikan saya sentiasa sihat dan bertenaga bagi menjaga bayi serta keluarga saya” katanya.
Azzura yang telah bersalin tahun lalu masih mencuba untuk mengurangkan berat badannya.
“Sukar bagi saya untuk mengurangkan berat badan yang diperoleh sewaktu mengandung, tetapi saya masih berusaha. Tetapi saya lebih gemar melakukannya dengan perlahan-lahan dengan cara yang sihat, seperti apa yang disarankan oleh AsterSpring – cara kesihatan keseluruhan untuk kulit dan badan,” katanya.
Sempena Hari Raya 2010, semua pelanggan AsterSpring akan menikmati pilihan mana-mana empat Body Contouring Treatments yang terkini pada kadar promosi Raya yang menarik, iaitu potongan 50% daripada harga biasa, untuk percubaan pertama mulai 20 Julai hingga 15 November. Pelanggan juga akan menikmati diskaun 30% hingga 50% daripada harga biasa bagi pembelian pakej rawatan untuk 10 dan 20 sesi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Body Contouring Treatments terkini dan rawatan badan yang lain, produk serta promosi AsterSpring sedia ada, sila layari laman web kami di www.asterspring.com atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan AsterSpring di (603) 7809 6666 dari hari Isnin hingga Jumaat semasa waktu perniagaan.