[dropcap]P[/dropcap]ersembahan yang diingati sudah pasti keunikannya dan keberkesannya dalam menarik penonton bersama-sama ke alam persembahan mereka. Begitulah corak persembahan yang perlu dilakukan oleh anak didik Kumpulan B yang diwakili BOCIK (Afdlin Shauki), XOXO (Harun Salim Bachik), GEGAU (Senario), AJO (Faizal Ismail), TITAN (Sabri Yunus) dan AWOK (Raja Azura) dalam konsert ketiga minggu lalu.
BMB yang hangat diperkatakan dan diuar-uarkan mempunyai barisan anak didik yang terbaik dan paling berbakat terus menyengat. Dengan persediaan dan latihan yang telah dijalankan oleh BOCIK, XOXO, GEGAU, AJO, TITAN dan AWOK bersama Sifu masing-masing, ternyata anak didik kumpulan B mampu menunjukkan kehebatan masing-masing untuk terus berjaya dalam pertandingan Bintang Mencari Bintang musim pertama ini.
Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 dari Plaza Alam Sentral Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 – 10.30 malam, pada konsert ketiga Kumpulan B yang lalu, anak didik dari kumpulan B mempersembahkan sebuah sketsa komedi bebas selama 3 minit dan sebuah lagu selama 2 minit bersama artis pilihan masing-masing.
[pullquote align=”right”]Kreativiti Dan Mesej Menjadi Ukuran Persembahan Konsert Ke-3 Kumpulan B. Tahniah buat Bocik & sifunya, Afdlin Shauki atas kemenangan malam tadi.[/pullquote]
Tirai persembahan Kumpulan B dimulakan dengan anak didik Raja Azura, AWOK bersama Sathia. Lagu ‘Dulu Lain Sekarang Lain’ oleh Tan Sri S.M. Salim menjadi pilihan AWOK untuk konsep persembahan mereka pada konsert ketiga lalu. Kemudian, konsert BMB diteruskan lagi dengan persembahan daripada anak didik Sifu Sabri Yunus, TITAN bersama artis pilihan mereka, Yus Jambu. TITAN yang pernah menjuarai konsert pertama Kumpulan B, kali ini akan mempertaruhkan persembahan yang berkonsepkan sketsa komedi ‘Lompat Si Katak Lompat & Remeh Temeh’.
Seterusnya BOCIK yang mendapat bimbingan dari Sifu Afdlin Shauki mengambil alih pentas BMB bersama artis pilihan mereka, Ruminah Sidek. Kelainan dalam susunan muzik lagu ‘Beginilah Nasib’ oleh Aziz Satar, ‘Bukan Superstar’ oleh Project Pop dan ‘Lagenda’ oleh Shiela Majid digunakan untuk persembahan sketsa komedi BOCIK. Anak didik Sifu Senario, GEGAU bersama artis pilihan mereka Amyza Adnan pula menyusul dengan persembahan dan lagu ‘Iwak Peyek’ oleh Trio Macan manakala AJO (Faizal Ismail) satu-satunya peserta solo dalam Kumpulan B tampil bersama Fara Fauzana dengan sketsa komedi dan lagu hindustan, ‘Aaj Kal Tere Mere Pyar Ke Charche’ untuk persembahannya.
Sementara itu XOXO (Harun Salim Bachik) yang tampil dengan artis pilihan mereka, Dina membawa penonton gelak ketawa bersama mereka menerusi persembahan yang berkonsepkan ‘Ikan Kekek’. Sebelum melabuhkan tirai konsert ketiga, penonton menyaksikan persembahan yang penuh bertenaga daripada juri jemputan minggu ini, Tomok dengan lagunya’Cuba-cuba’ oleh kumpulan New Boyz.
Dalam program BMB, setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Anak didik akan bersaing selama 4 minggu dalam pusingan pertama mengikut kumpulan masing-masing. 3 anak didik yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. 6 anak didik yang berjaya ke pusingan seterusnya kemudian akan berentap di pusingan kedua, separuh akhir dan konsert akhir untuk merangkul gelaran juara serta membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.
Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang, Muhamad Sufian Isa, “Pentas BMB minggu ini bertumpu kepada kumpulan B di mana kesemua anak didik harus membuat persembahan bersama artis pilihan masing-masing. Saya anggap ia sebagai tugasan yang mencabar dan ia telah digalas sebaiknya oleh setiap Sifu dan anak didik masing-masing. Sementara itu, keputusan markah pada minggu ini juga sebagai amaran kepada setiap anak didik supaya tidak tersingkir pada konsert ke-4 nanti. Mereka perlu fokus kepada pengisian lawak yang ingin dipersembahkan untuk memberi impak kepada barisan juri dan para penonton.”
Sepanjang 15 episod, BMB menampilkan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, BMB turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud dan A.R. Badul sebagai juri tetap untuk program ini. Minggu ini, Tomok tampil sebagai juri jemputan untuk menilai aspek nyanyian para anak didik.
Untuk musim pertama ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Buat penonton dan peminat setia Bintang Mencari Bintang bolehlah menghantar undian SMS dengan menaip BMBNama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau undian secara pukal, BMB5Nama Kumpulan dan hantar ke 33399. Undian SMS akan bermula jam 5.00 petang setiap hari Ahad dan akan ditutup selepas tamat persembahan konsert. Di samping itu, penonton turut boleh menilai persembahan anak didik BMB semasa persembahan konsert berlangsung menerusi ‘Skala Bintang’ yang boleh didapati di www.tv3.com.my/bintang. Kemudian gerakkan skala bintang untuk mengundi persembahan anak didik. Keputusan penilaian ‘Skala Bintang’ akan muncul di kaca televisyen semasa konsert BMB bersiaran secara langsung.
Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB menerusi KOMIK BMB yang disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.00 petang. Program yang dihoskan oleh pelakon Taiyuddin Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Tai ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB. Selain itu, penonton juga boleh mengikuti perkembangan para anak didik BMB menerusi program 2 minit, BLOG BMB setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi dan 1.30 pagi.
Ikuti program BMB yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB, penonton boleh melayari laman sesawang rasmi BMB di www.tv3.com.my/bintang serta laman sosial Facebook & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#bintangTV3) untuk menghangatkan lagi bahang BMB!
Carta kedudukan markah anak didik BMB ini: