[dropcap]S[/dropcap]erata Galaksi Mencari Legasi, Program realiti TV3, Bintang Mencari Bintang (BMB) yang mengetengahkan bakat sketsa komedi dan nyanyian semakin hangat diperkatakan di kalangan peminat sehingga berjaya mencatat kadar tontonan setinggi 2.7 juta penonton pada minggu lepas (14 April).
Bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada jam 9.30 – 11.00 malam pada 21 April 2013, BMB telah menyaksikan persembahan yang mantap dan berwarna-warni daripada Kumpulan B yang terdiri daripada AWOK (Raja Azura), BOCIK (Afdlin Shauki), XOXO (Harun Salim Bachik), GEGAU (Senario), TITAN (Sabri Yunus) dan AJO (Faizal Ismail).
Minggu ini, konsert mingguan BMB telah mengangkat BOCIK, anak didik Afdlin Shauki sebagai juara mingguan dengan 77.6 markah. Secara keseluruhan, BOCIK berjaya menjuarai carta Kumpulan B dengan 142.6 markah, diikuti dengan TITAN (128.7), AJO (127.3), XOXO (93.1), GEGAU (85) dan AWOK (83.4).
Konsert ke-2 Kumpulan B masih menampilkan gabungan anak didik dan sifu dalam persembahan sketsa komedi dan nyanyian. Pembuka tirai battle ke-2 Kumpulan B dimulakan dengan persembahan sketsa daripada anak didik Harun Salim Bachik, XOXO dan diikuti dengan nyanyian lagu Korea, ‘Gwiyomi’. Satu-satunya kumpulan peserta wanita dalam BMB, AWOK tampil bersama sifu, Raja Azura pula mengambil alih pentas dengan sketsa dan persembahan lagu ‘Diamonds’ oleh Rihanna. Seterusnya, BOCIK bersama sifu mereka, Afdlin Shauki membuat persembahan sketsa dan bakal menggegarkan pentas dengan lagu popular Anita Sarawak ‘Seksis’.
[pullquote align=”right”]Minggu ini, konsert mingguan BMB telah mengangkat BOCIK, anak didik Afdlin Shauki sebagai juara mingguan dengan 77.6 markah[/pullquote]
Pentas BMB dihangatkan lagi dengan persembahan sketsa menarik daripada TITAN dan sifu, Sabri Yunus yang berusaha mempertahankan takhta mereka di kumpulan B. Untuk segmen nyanyian, TITAN dan Sabri Yunus telah mempertaruhkan lagu Monoloque ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’. AJO, anak didik Faizal Ismail yang bertanding secara solo akan membuat persembahan bersama sifu beliau yang berkonsepkan ‘Bara Bara Bere Bere’ sementara anak didik Senario, GEGAU pula akan beraksi bersama sifu dengan sketsa komedi dan menyanyikan lagu R. Azmi ‘Serba Salah’.
Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang, Muhamad Sufian Isa,
“Syukur Alhamdullihah, BMB berjaya mengubah persepsi para penonton bahawa berlakon sketsa komedi dan nyanyian bukanlah satu kerjaya yang main-main. Selain teknik untuk melakukan sketsa komedi, anak didik juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan am, isu semasa dan kemasyarakatan supaya sketsa komedi yang dilakonkan bukan hanya menghiburkan malah juga menyampaikan mesej kepada para penonton.”
“Kemenangan BOWL pada minggu lepas telah menyuntik semangat di kalangan anak didik BMB bahawa sesiapa juga boleh muncul sebagai juara jika anda berusaha keras dan komited dalam setiap tugasan yang dilakukan. Setiap anak didik yang bertanding mempunyai bakat dan kualiti untuk menjadi seorang penghibur, mereka tidak harus leka dan perlu sentiasa memperbaiki kelemahan agar mampu bertahan ke pusingan kedua.”
Setiap Sifu mempunyai dua anak didik yang bertanding dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Anak didik akan bersaing selama 4 minggu dalam pusingan pertama mengikut kumpulan masing-masing. 3 anak didik yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. 6 anak didik yang berjaya ke pusingan seterusnya kemudian akan berentap di pusingan kedua, separuh akhir dan konsert akhir untuk merangkul gelaran juara serta membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.
Sepanjang 15 episod, BMB menampilkan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, BMB turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud dan A.R. Badul sebagai juri tetap untuk program ini. Minggu ini, Hafiz menyertai panel juri sebagai juri jemputan untuk menilai aspek nyanyian para anak didik selain membuat persembahan istimewa menerusi lagu ‘Bahagiamu Deritaku’.
Untuk musim pertama ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Buat penonton dan peminat setia Bintang Mencari Bintang bolehlah menghantar undian SMS dengan menaip BMBNama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau undian secara pukal, BMB5Nama Kumpulan dan hantar ke 33399. Undian SMS akan bermula jam 5.00 petang setiap hari Ahad dan akan ditutup selepas tamat persembahan konsert. Di samping itu, penonton turut boleh menilai persembahan anak didik BMB semasa persembahan konsert berlangsung menerusi ‘Skala Bintang’ yang boleh didapati di www.tv3.com.my/bintang. Kemudian gerakkan skala bintang untuk gred persembahan anak didik. Keputusan penilaian ‘Skala Bintang’ akan muncul di kaca televisyen semasa konsert BMB bersiaran secara langsung.
Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB menerusi KOMIK BMB yang disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.00 petang. Program yang dihoskan oleh pelakon Taiyuddin Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Tai ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB. Selain itu, penonton juga boleh mengikuti perkembangan para anak didik BMB menerusi program 2 minit, BLOG BMB setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi dan 1.30 pagi.
Ikuti konsert mingguan BMB yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 dari Plaza Alam Sentral Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam (BMB bersiaran dari jam 9.30 – 11.00 malam pada 21 & 28 April). Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB, penonton boleh melayari laman sesawang rasmi BMB di www.tv3.com.my/bintang serta laman sosial Facebook & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#bintangTV3) untuk menghangatkan lagi bahang BMB!