BoBoiBoy, satu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan kanak-kanak telah mencipta fenomena yang luar biasa sejak diperkenalkan oleh TV3 pada tahun 2011. Program animasi 3D terbitan Animonsta ini kini kembali dengan musim baharu di TV3 bermula 5 Januari setiap hari Ahad jam 7.00 malam sebanyak 18 episod. Apakah yang akan terjadi sekiranya identiti adiwira BoBoiBoy dan rakan-rakannya terbongkar?
[pullquote]Adiwira Animasi Popular Kembali Di Tv3! Identiti Adiwira Boboiboy & Rakan-Rakannya Bakal Terbongkar[/pullquote]
Susulan daripada musim kedua di mana BoBoiboy berjaya menumpaskan robot pemusnah ciptaan Ejo Jo telah membangkitkan kemarahannya. Ejo Jo bukan sahaja tampil untuk bersemuka dengan BoBoiBoy malah dia juga mencuri kuasa Gopal, Yaya dan Ying untuk menentang BoBoiBoy. Ejo Jo yang kini lebih berkuasa dan kebal dengan kuasa baharu yang diperolehi telah melakukan serangan bertubi-tubi terhadap BoBoiBoy. Bukan itu sahaja, Ejo Jo juga berjaya menemui potensi kuasa yang dimiliki oleh Gopal, Yaya dan Ying sehingga membebaskan perisai kuasa yang sukar ditembusi.
Hanya bertarung keseorangan tanpa bantuan daripada Gopal, Yaya dan Ying, BoBoiBoy menghadapi masalah untuk menangkis serangan Ejo Jo dan dia mula hilang harapan. Tiba-tiba, Adu Du turut menyertai pertarungan itu demi menuntut bela terhadap kemusnahan Probe di tangan Ejo Jo. Mampukah BoBoiBoy menumpaskan Ejo Jo yang telah menguasai semua potensi kuasa Gopal, Yaya dan Ying?
Semestinya ramai yang menanti kemunculan BoBoiBoy semula dalam musim baharu ini dengan penentuan pertarungan antara BoBoiBoy dan Ejo Jo. Apakah yang bakal terjadi apabila kuasa mereka diketahui oleh penduduk Pulau Rintis?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan BoBoiBoy musim ketiga yang dibawakan khas oleh Bananana! mulai 5 Januari 2014, setiap hari Ahad jam 7.00 petang, semestinya di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari www.tv3.com.my, Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.