MONSTA dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menerbitkan 3 episod khas BoBoiBoy yang berkaitan dengan kempen “Pengasingan Sisa Pepejal Isi Rumah” dan “Kitar Semula”.
3 episod khas BoBoiBoy ini akan ditayangkan di TV3 dan di Youtube bermula 18 Disember ini.
Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan serta dapat menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal.
MONSTA dan KPKT percaya BoBoiBoy dengan pengaruhnya yang meluas dapat menyampaikan mesej-mesej tersebut dengan berkesan.
Jalan cerita menarik mampu menghibur sambil mendidik penonton tentang kepentingan pengasingan sisa pepejal dan kitar semula. Ini adalah selaras dengan imej BoBoiBoy sebagai “Penjaga Bumi”.
Dengan 3 langkah mudah, orang ramai akan dapat menjayakan kempen ini bersama BoBoiBoy:
Langkah 1 – Asingkan mengikut jenis yang ditetapkan
Langkah 2 – Simpan sementara dalam bekas yang sesuai
Langkah 3 – Letakkan ditepi tong pada hari kutipan
Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.kpkt.gov.my/separationatsource
Mari bersama BoBoiBoy menjayakan inisiatif ini demi masa depan yang lebih sihat! Terbaik!