Acara virtual dinamakan BMW Shorties & Chill itu akan ditayangkan di majlis tontonan secara langsung yang akan diadakan di Dissolved Solids, Damansara Kim, Petaling Jaya dan Safehouse KL, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Namun begitu, pengunjung haruslah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial ketika menghadiri majlis tersebut bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Sehubungan dengan itu, beberapa persembahan dan perbincangan panel akan diadakan, serta tayangan perdana filem pendek yang dibiayai oleh BMW Group Malaysia berjudul “Rama Rama” arahan Ekin Kee.
“Rama Rama” mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal di sebuah kampung di Sabah, dan menyertai pertandingan ratu cantik tradisional iaitu Unduk Ngadau setelah dia meningkat dewasa.
BMW Shorties & Chill akan berlangsung pada 2 Januari 2021 (Sabtu) bermula 2:30 petang hingga 6:00 petang.
Bagi yang tidak berpeluang hadir ke majlis tontonan itu, anda boleh menontonnya secara ‘streaming’ di Facebook, YouTube dan laman sesawang rasmi BMW Shorties.