in ,

BMW Menaik Taraf Pengalaman Pemilikan Kenderaan BMW Premium

BMW Group Malaysia Menaik Taraf Pengalaman Pemilikan Kenderaan BMW Premium Selection dengan Program Pascajualan Baharu.

Para pemilik Kereta Terpakai Berperakuan daripada portfolio BMW Premium Selection dapat menikmati pelbagai manfaat tambahan menerusi program-program lanjutan waranti dan servis yang terkini.

BMW Group Malaysia hari ini telah memperkenalkan sebuah program pascajualan baharu untuk memperkayakan lagi Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan buat para pemilik kenderaan BMW Premium Selection (BPS) di Malaysia. Pakej BPS ini menawarkan pakej-pakej lanjutan waranti dan servis yang baharu, membolehkan pelanggan lebih berlapang dada dengan pengalaman pemilikan jentera BMW mereka.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia sementara itu menyatakan, “Kami di BMW Group Malaysia memastikan hanya yang terbaik dibekalkan kepada para pelanggan, dan ia termasuk pemilikan dan pengalaman yang disajikan melalui produk-produk kami. Program-program BMW Premium Selection baharu yang komprehensif ini dirumus untuk membolehkan para pelanggan setia kami lebih berlapang dada melalui pelbagai manfaat yang tiada tandingannya. Ia memahat tanda aras baharu dalam pasaran kereta mewah terpakai di samping membuktikan aspirasi kami untuk terus menunaikan janji Sheer Driving Pleasure di aras yang tertinggi merentasi seluruh portfolio kenderaan kami.”

BMW Group Malaysia Offers an Enhanced Ownership Experience for BMW Premium Selection with New Aftersales Programmes

Program Waranti Lanjutan (EWP) – ditaja jamin oleh Allianz General Insurance (Malaysia) Bhd, menawarkan kepada pengguna dua tahun liputan waranti tambahan kepada tempoh waranti lima tahun yang sedia ada. Mulai September 2023, para pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli pakej waranti komprehensif bertempoh dua tahun – berbanding pakej satu tahun yang standard – dan dikehendaki untuk menservis kenderaan mereka hanya di Pusat Pengedaran BMW Bertauliah tempatan sebagai syarat kesahihan program tersebut. Pelanggan juga boleh merujuk kepada butiran harga pakej mengikut varian model dengan mengunjungi pusat pengedaran BMW Premium Selection yang bertauliah. 

Dengan pakej Inklusif Servis BMW (BSI) opsyenal yang ditawarkan oleh BMW Malaysia, pelanggan dapat menikmati khidmat servis berkualiti selama satu lagi tahun sebagai penambahan kepada tahun pemilikan kenderaan mereka yang keenam dan ketujuh, memastikan Kereta Terpakai Berperakuan BMW milik mereka terus diberi penjagaan yang cemerlang oleh barisan juruteknik pakar BMW dengan harga yang bermula daripada RM 5,300. 

Untuk menaik taraf lagi pengalaman kepenggunaan para pelanggan, penambahbaikan kepada laman sesawang rasmi BMW Premium Selection juga bakal dirungkaikan kelak pada tahun ini di https://www.bmwpremiumselection.com.my/ dengan wajah yang lebih minimalis. Penambahbaikan ini juga akan membawakan lebih banyak material serba interaktif lagi informatif, termasuk maklumat mengenai pemilikan BEV Terpakai Berperakuan dan klasified BEV khas, memudahkan lagi pelanggan untuk membuat pilihan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Founder Ini Hargai Ejen Dipuji, Labur Kos Untuk Perkara Manfaat 

ZAINAL ABIDIN

‘Segelintir Peminat Sekarang Bodoh Dan Kurang Ajar’ – Zainalabidin