BLOCKBUSTER AIDILFITRI : FANTASTIC FOUR: RISE OF THE SILVER SURFER PADA 26 SEPTEMBER 2009 (SABTU), JAM 10.30 MALAM DI TV2
Jika anda peminat setia empat watak menarik dimana mereka mampu melenturkan badan, bergerak di maya, bergerak dalam api selain salah seorangnya berupaya menembusi batu raksasa yang dikenali Fantastic Four, sempena perayaan Aidilfitri ini mereka kembali menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer pada 26 September 2009 (Sabtu), jam 10.30 malam di TV2.
Pastinya penonton diajak mengetahui kesudahan filem Fantastic Four tahun 2005, sebuah filem super hero Amerika dan sekual filemnya menerusi Fantastic Four : Rise of the Silver Surfer popular sekitar tahun 2007 lalu. Ia diadaptasikan daripada buku komik Fantastic Four dan telah diarahkan Tim Story yang juga turut mengarahkan siri pertama filem ini.
Menampilkan gandingan pelakon hebat Ioan Gruffudd (Reed Richards), Jessica Alba (Sue Storm-Richards), Chris Evans (Johnny Storm) dan Michael Chiklis (Ben Grimm), filem ini melakonkan watak utamanya yang semakin selesa dengan kuasa dan kelebihan yang dimiliki masing-masing.
Segalanya berjalan hebat bagi Fantastic Four dimana watak Reed dan Sue akhirnya berkahwin. Tetapi kehidupan mereka setelah bersama bukan seperti yang dijangkakan apabila Silver Surfer bertembung. Mereka berdepan dengan pelbagai rintangan yang sukar untuk menyelamatkan bumi daripada Galactus, kuasa jahat yang dicipta di angkasa yang menjadikan bumi sebagai sasaran serangan terbarunya. Untuk mencapai matlamatnya itu, Silver Surfer telah dihantar sebagai alat pemusnah. Lalu Reed yang mengetuai mereka mula merancang sesuatu untuk memastikan cubaan itu tidak berjaya mencapai matlamatnya dengan bekerjasama dengan tiga rakan baiknya yang lain.
Namun berjayakan misinya menentang musuh itu? Mampukah Silver Surfer ditewaskan sekaligus menyelamatkan bumi? Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer turut menyaksikan lakonan hebat Julian McMahon dan Kerry Washington.