in ,

Fathia Cetus Kontroversi, Tuduh Aiman Dayus Block Call Lepas Tuntut Hutang

Bukan sahaja Aiman yang kena, habis beberapa individu lain turut terpalit dengan dakwaan berhutang tak bayar dari Fathia ni. Apa nak jadi ni Fathia? Fathia oh Fathia!

Terhangat, terkecoh di pagi Jumaat ini ialah berita pasal Fathia Latiff yang terus mencetuskan kontroversi apabila mendakwa bekas kekasih, aktor Aiman Hakim Redza enggan melunaskan wang yang dipinjam daripadanya. Bukan sahaja Aiman yang kena, habis beberapa individu lain turut terpalit dengan dakwaan berhutang tak bayar dari Fathia ni. Apa nak jadi ni Fathia? Fathia Latiff

Menerusi posting di Instagram, Fathia mendakwa, Aiman menyekat panggilannya apabila dia cuba meminta pelakon itu membayar kembali wang tersebut.

Fathia Cetus Kontroversi, Tuduh Aiman Dayus Block Call Lepas Tuntut Hutang

Bagaimanapun Fathia tidak menyatakan jumlah wang yang dipinjam kepada Aiman.

“Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar? Bila minta duit ‘block’ panggilan. Kalau handsome takpe la juga,” – Fathia

Dalam pada itu, Fathia turut menggelar Aiman sebagai lelaki dayus menerusi posting berkenaan selain memuat naik gambar pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu.

“Dayus detected #rempitModeOn @aimanhakimredza,” – Fathia

Status yang dimuat naik sejak 30 minit lalu itu, sudah pun mendapat 10,000 like daripada pengikutnya namun Fathia sudah pun memadam gambar tersebut.

Sementara itu, pemeriksaan di Instagram milik Aiman, peminat mula menghujani ruangan komen pada gambarnya bertanyakan tentang kesahihan dakwaan dibuat Fathia terhadapnya.

Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.

Fathia Cetus Kontroversi, Tuduh Aiman Dayus Block Call Lepas Tuntut Hutang

Pada hari ini, Aiman Hakim Ridza telah membidas dakwaan yang dilakukan oleh bekas kekasihnya, aktres Fathia Latiff di IG Story miliknya.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram, Fathia memuat naik sekeping foto Aiman dan mendakwa Aiman tidak membayar hutang serta menggelarkan aktor itu dayus.

Bagaimanapun setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang memutuskan silaturahim sesama manusia.

Sebelum ini, Fathia pernah bertindak memuat naik gambar penyanyi remaja Ismail Izzani yang sedang berpeluk dengan Zarina Anjoulie dipercayai di sebuah kelab di Instagramnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Reaction Wak Doyok Saat Menonton Trailer WIRO SABLENG

Ini Senarai Drama Terbaik Yang Bertanding di ANUGERAH SKRIN 2018