in

Black Mahu Ramai Anak & Keluarga Yang Besar

Black mahu anak yang ramai dan mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga besar selepas bergelar suami kepada Naquia Yasirah Mohamad Khairi. Black dan Naquia Yasirah dilahirkan dalam keluarga yang kecil iaitu masing-masing mempunyai tiga beradik.

“Keluarga kami kecil iaitu masing-masing ada tiga beradik. Melihat kepada jumlah kecil itu, saya, kalau boleh mahu sebuah keluarga yang besar, Insya-Allah.”

Black yang popular dengan lagu Teman Pengganti berkata, dia dan isterinya tidak merancang mengenai bilangan anak sebaliknya mahu mendapat zuriat secepat mungkin.

“Anak itu rezeki bagi kami. Bukan senang nak dapat anak. Bagi saya, lagi cepat, lagilah bagus.”

Black dan isteri berbulan madu dan akan mengerjakan Umrah di Tanah Suci, Mekah awal tahun hadapan.

Gambar Penyanyi Black Selamat Bernikah Dengan Chira Khairi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Mengapa Fida Ibrahim Tinggalkan Lokasi

Facebook Upin & Ipin cecah 7 Juta LIKE