Produk Black Ginger ataupun lebih komersial dikenali sebagai Black G mempunyai nilai komersial bagi pasaran global dan telah ditubuhkan pada tahun 2016 dengan pembabitan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI).
Kerjasama bersama MARDI dibuat adalah bertujuan memastikan bahawa semua produk Black G bebas dari bahan buatan terlarang bagi memastikan keselamatannya sekaligus mendapatkan sijil perakuan Halal.
4 Rangkaian Produk Dihasilkan
Kejayaan penyelidikan berkenaan seterusnya menghasilkan empat rangkaian produk terawal yang dilancarkan pada 2017 meliputi Black G Black Ginger Plus Liquid; Black G Capsule Pure Extract; Black G Coffee Premix dan Black G Energy G Plus.
Turut hadir di majlis itu, Timbalan Ketua Pengarah MARDI Dr. Mohamad Kamal Hj. Abdul Kadir, Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi MARDI Dr. Zuraida Ab Rahman dan Presiden Persatuan Pengeluar Ubat Traditional Melayu Malaysia (PURBATAMA) Datuk Jeffry Abd Wahab.
Perjanjian Termeterai Bersama Dynas
Dalam usaha mengembangkan lagi pasaran produk Black G, syarikat memeterai perjanjian bersama selebriti terkenal, Dynas Mokhtar yang turut bertindak selaku rakan kongsi perniagaan.
Tujuan kolaborasi ini diadakan adalah untuk memastikan semua produk Black G bebas dari bahan terlarang sekaligus berjaya mendapatkan sijil perakuan Halal yang diiktiraf kerajaan. Produk Black G sangat terkenal dalam industri dan sudah memperoleh banyak anugerah, ini membuktikan keberkesanan kualiti produk dihasilkan.
Produk Dijual di Shopee
Dengan kerjasama ini juga , sebanyak tiga produk terlaris yang berada dipasarkan iaitu Black G Capsule, Black G Plus Liquid dan Black G Coffee Original bakal dijual dilaman beli-belah dalam talian terkemuka, Shopee bermula 21 November ini.
“Black Ginger bukan bermaksud halia hitam tetapi ia dihasilkan daripada ekstrak kunyit hitam melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang meluas oleh saintis dan profesional selama dua tahun diketuai Dr Zuraida,”
– Mohamed Jusoh
Khasiat Kunyit Hitam
Untuk makluman, kunyit hitam atau nama saintifuknya, kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba dwi tahunan dengan rizom di bawah tanah berwarna hitam ungu dengan kepekatan warna bergantung kepada tanah namun mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan manusia.
Secara tradisional, kunyit hitam telah lama digunakan oleh nenek moyang kita dahulu bagi merawat masalah kesihatan berkaitan kanser, saraf sekali gus membina otot sihat.
Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Mohamad Mughniy Mohamad berkata, menerusi produk Black G itu, mereka mempunyai rancangan masa hadapan.
“Selepas meraih lapan anugerah, produk kami terpilih mewakili Malaysia untuk produk herba yang akan dipamerkan di Expo Dubai 2021/2022 tidak lama lagi. Insya-Allah kami akan memulakan pasaran di negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan China dalam masa terdekat ini. Sudah tentu kami juga menyasarkan untuk menembusi pasaran benua Eropah pada masa akan datang,”
– Mohamad Mughniy Mohamad
Menurut Dynas Mokhtar, ini adalah kolaborasi pertama mereka dan disebabkan terlampau banyak produk tiruan yang berada di pasaran, pihak Black G dan MARDI menggunakan platform Shopee sebagai inisiatif bagi menyingkirkan pengeluar yang tidak rasmi.
Perkongsian Idea Pemasaran & Jualan
Menurut Dynas Mokhtar, pembabitannya bagi membolehkan dia dan rakan perniagannya, Mohamad Mughniy Mohamad, 33, selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan berkongsi idea dari segi pemasaran dan penjualan.
“Produk kami dirumuskan melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang meluas oleh saintis dan profesional yang diperakui untuk memastikan keselamatannya dari formulasi hingga tahap dos.
“Dari segi kerjasama dengan syarikat Black G Sdn Bhd pula, idea tercetus kerana saya dan Mughniy atau Mune pernah bekerjasama pada 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune. Keserasian yang wujud antara kami mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula.
“Bukan sekadar mewakili jenama produk, tetapi saya sebagai rakan kongsi atau rakan perniagaan sekaligus kami dapat berkongsi idea dalam memberikan cadangan untuk pemasaran dan penjualan,”
“Insya-Allah kami akan memulakan pasaran di negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan China dalam masa terdekat ini. Sudah tentu kami juga menyasarkan untuk menembusi pasaran benua Eropah pada masa akan datang,” katanya.
– Dynas Mokhtar
“Shopee adalah langkah pertama untuk koloborasi ini. Sebagai syarikat pengasas, kami adalah pemilik jenama Black G berdasarkan nama dagang atau ‘trademark’ yang sudah didaftarkan.
Jadi, dengan penjualan melalui Shopee segala produk lain yang tidak dijual melalui Black G Official Shopee dan Official Flagship Store, akan dikeluarkan dari platform itu. Cara ini ia akan menjamin pembeli mendapat produk yang asli dengan harga yang ditetapkan,”
– Dynas Mokhtar
Selain itu, kata beliau, pemilihan Shopee diyakini memandangkan beliau sendiri adalah artis rasmi platform itu sejak beberapa tahun lalu.
Sementara itu, proses pembungkusan dan penghantaran produk akan diuruskan oleh rakan seperjuangan mereka, Zepto Express.