in

Bkay Nair Buat Program Realiti TV ala Americans Top Model

Langkah Baru Bkay Nair

Bkay Nair, manakan tidak, ramai yang menyangka Bkay adalah seorang anak mami yang berasal dari Utara tanah air kerana sangat fasih berbahasa Melayu. Tetapi sangkaan tersebut meleset kerana gadis cantik ini berketurunan Malayali sebenarnya. Bkay akui yang kepetahannya berbahasa Melayu adalah kerana dibesarkan di kawasan kejiranan mejoritinya adalah bangsa Melayu, iaitu di Kulai, Johor. Rakan-rakannya juga kebanyakannya adalah bangsa Melayu.

Percubaan pertama finalis Miss India Malaysia ini untuk terjun ke bidang lakonan tidak sia-sia. Buktinya, beliau mendukung watak penting dalam filem Ratu. Kejayaan menjadi watak penting filem Ratu telah memberikan impak positif untuk Bkay dalam bidang seni. Bertitik tolak dari dari itulah, tawaran lakonan makin mencurah-curah.

Bkay Nair

Antaranya ialah Gerak Khas, Dewa Cintaku terbitan Grand Brilliance (24 episod), Musim Kirana 1 (RTM) dan Suara Banduan juga terbitan RTM. Selain dari drama, Bkay juga telah membintangi beberapa filem antaranya, Raya Tak Jadi, Bujang Terlajak dan yang terbaru, Ngorat. Bagi mewarnakan lagi karier seninya, Bkay telah menyambut cabaran untuk menjayakan sitcom Hello, boleh saya bantu dan budak kidal.

Bakatnya bukan sahaja dalam bidang lakonan, malah, graduan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia ini sememangnya mempunyai skil dalam bidang tarian, terutamanya tarian bharata Natyam yang dipelajarinya sejak berusia 5 tahun. Minatnya itu diteruskan dengan tarian zapin ketika di bangku sekolah dan mula berjinak-jinak kepada tarian salsa ketika pengajiannya di UKM.

Menyedari statusnya sebagai role model untuk gadis-gadis di Malaysia, Bkay mahu menjalankan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat sesempurna yang mungkin untuk menjadi contoh dan tauladan kepada anak muda yang lain.

Selain itu, Bkay juga telah melebarkan sayapnya untuk menceburi bidang perniagaan pula. Bkay telah menubuhkan Bkay Nair Resources yang menumpukan kepada bidang perundingan imej, pengurusan acara individu dan juga korporat. Bkay juga bertindak sebagai Pengarah Urusan (Principal Consultant/Founder) syarikat tersebut.

Perniagaan tersebut adalah selaras dengan pengalamannya sebagai yang selalu mendapat kepercayaan untuk menguruskan acara individu dan beberapa syarikat korporat tempatan.

Malah, syarikat-syarikat tersebut telah menjadi klien regular Bkay Nair Resources. Berbekalkan pengalamannya dalam bidang peragaan dan industri hiburan tanah air, Bkay melebarkan sayapnya ke perundingan imej. Baginya, ilmunya semasa menjadi finalis untuk Miss India Malaysia dan Ratu pada 2008/2009,(Malaysian Indian Tourism Malaysia) haruslah digunakan untuk membantu individu supaya berpenampilan menarik secara tidak langsung akan meningkatkan tahap keyakinan diri untuk meneruskan hidup yang lebih ceria dan bermakna.

Bkay Nair

Pada Januari lalu, Bkay telah dilamar untuk menyertai Green Creative Team (GCT) yang bernaung di bawah Syaeba Pictures Sdn. Bhd. Syaeba adalah hak milik penuh Tuan Haji Saiful Bahri Abdul Hadi. Syaeba Pictures Sdn. Bhd. cabang perniagaan baru Tuan Haji Saiful Bahri Abdul Hadi selain dari Syaeba Construction dan Syaeba Properties yang semakin berkembang pesat.

Di dalam GCT, Bkay telah dilantik sebagai Creative Director of Modelling oleh pengasasnya, Hilal Azman yang memegang jawatan sebagai Creative Principal. Sesuai dengan cogankatanya, Green, Fresh and Infinity, GCT bermatlamat untuk membawa seni tanah air ke peringkat antarabangsa telah mengumpulkan beberapa nama besar industri hiburan tanah air di bawah satu paying.

Kini, Bkay dan GCT dalam proses pre-production untuk satu dokumentari khas untuk model wanita yang bertajuk Models @ Work. Ujibakat akan dijalankan pada 26hb Mac 2012 di Studio GCT yang bertempat di Studio GCT, Ukay Boulevard, Ampang. Models @ work yang akan diarahkan oleh Hilal Azman serta Bkay sendiri ini diterbitkan oleh Syaeba Pictures Sdn. Bhd.

Ia merupakan sebuah rancangan ala Americans Top Model tetapi mengikut acuan tradisional Malaysia. Mencari seramai 36 orang model wanita pelbagai bangsa yg berumur 19 – 26 tahun untuk sebuah rancangan reality 13 episod.

Bkay juga akan menurunkan ilmunya dalam bidang peragaan menerusi bengkel yang akan diadakan di studio GCT yang dinama, “Bring out your inner starlet by Bkay Nair” pada 25 hb Mac dengan yuran yang sangat berpatutan. Oleh itu, remaja-remaja yang berminat untuk menjadikan bidang peragaan sebagai kerjaya tidak harus melepaskan peluang ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SimplySiti Bakal Umum Pemenang Kempen Simplysiti Di Hati

John Carter