Biskut yang dikenali suruh dunia, OREO, melancarkan kolaborasi OREO x BLACKPINK di seluruh Malaysia hari ini. Jadi, para peminat biskut dan kumpulan K-Pop ini boleh berkunjung ke cawangan terkemuka di seluruh negara untuk mendapatkan biskut edisi terhad sekarang.
Kerjasama yang menakjubkan ini menggunakan mahkota simbolik BLACKPINK yang dipakaikan pada biskut OREO dengan penuh bergaya. Mahkota itu ialah lambang khas bagi album studio BLACKPINK yang pertama — “THE ALBUM”.
Dalam kerjasama ini, semua biskut OREO perisa biasa iaitu Vanila, dan yang lain-lain akan menggunakan wajah baharu edisi terhad. Jadi para peminat akan menghargai rekaan ini serta kepelbagaian perisanya. Tambahan pula, peminat BLACKPINK (BLINKs) juga akan menikmati perisa ikonik yang diinspirasikan daripada BLACKPINK yang dicipta khas untuk kerjasama ini — versi “Black” menampilkan biskut OREO biasa dengan krim strawberi berwarna merah jambu dan versi “Pink” pula menampilkan biskut OREO Merah Jambu dengan inti krim coklat gelap.
Para peminat OREO dan BLACKPINK boleh menjangkakan memorabilia edisi terhad BLACKPINK sebagai kenangan yang bermakna daripada kolaborasi ini. Memorabilia ini termasuklah:
- Pek OREO Biasa – Ditandatangani oleh ahli BLACKPINK
Peminat boleh mengumpul produk yang menampilkan tandatangan keempat-empat ahli kumpulan ini secara rawak di bahagian hadapan setiap bungkusan OREO x BLACKPINK yang berwarna merah jambu. Sementara stok masih ada.
- OREO Multipack 9 – Mengandungi kad koleksi kejutan BLACKPINK
Setiap perisa bagi OREO Multipacks (pek berganda) akan menampilkan 10 kad bergambar yang berbeza untuk dikumpulkan, terdapat satu kad dalam setiap pek.
- Dapatkan video mesej peribadi eksklusif daripada BLACKPINK melalui pembelian mana-mana pek edisi khas
Pengguna boleh mengimbas kod QR pada pek biasa OREO atau pergi ke laman web www.OREOBLACKPINK.com, cipta akaun dan imbas kod bar pek edisi khas untuk menerima muat turun wallpaper percuma serta video mesej peribadi daripada BLACKPINK. Terdapat lapan video yang boleh dikumpulkan, dua daripada setiap ahli BLACKPINK. Terhad kepada satu video untuk satu kod bar produk dalam sehari.
Promosi bagi OREO x BLACKPINK termasuklah peraduan di seluruh negara di kedai-kedai yang menjual OREO. Peserta hanya perlu membeli mana-mana produk OREO yang bernilai RM15, imbas kod QR di kedai atau hantarkan maklumat anda ke 017-3341211 melalui Whatsapp dan bertanding untuk memenangi percutian mewah di KOREA! Hadiah lain termasuklah item rasmi BLACKPINK serta album BORN PINK yang ditandatangani oleh mereka. Peraduan ini akan berlangsung bermula dari 1 Februari sehingga 30 April 2023.
Semua peminat OREO dan BLACKPINK boleh menyertai misi untuk mengumpul setiap 10 kad bergambar atau menjadi yang pertama menerima video peribadi eksklusif daripada BLACKPINK sendiri. Selain itu, aktiviti penglibatan akan dijalankan di sekitar Lembah Klang dan maklumat yang lebih terperinci akan diumumkan pada minggu-minggu akan datang sepanjang tempoh kempen!