in ,

Biografi Dato’ M.NASIR

Dato’ Mohamad Nasir bin Mohamed atau lebih dikenali sebagai Dato’ M. Nasir (lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Singapura.

Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia. M. Nasir juga ialah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah AiniKhatijah IbrahimRamlah RamJamal AbdillahHattan dan Noraniza Idris.[2]

M. Nasir dilahirkan pada 4 Julai 1957 di Singapura (ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu) dan merupakan anak ketiga daripada 7 beradik. Beliau mengambil pengajian diploma dalam lukisan Barat di Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura,[3] pada asalnya mahu menjadi seorang pelukis.

M.Nasir

Beliau mula menceburi bidang penciptaan muzik pada tahun 1978 apabila seorang rakan yang merupakan penerbit eksekutif PolyGram Singapura ketika itu bernama Wan Ibrahim telah menjemput beliau untuk menulis lirik lagu untuk kumpulan Alleycats yang meningkat popular pada masa itu.[3]

M. Nasir telah didedahkan secara mendalam kepada bidang muzik tidak hanya mendengar radio; tetapi juga abang sulungnya yang membawanya rakaman dari artis antarabangsa seperti Bob DylanQueen, Al Stewart dan Led Zeppelin semasa membesar di Singapura pada 1950an dan 1960an.[4] Beliau telah memilih untuk menceburi bidang nyanyian dengan mengeluarkan album pertamanya Untuk Pencinta Seni di bawah nama Mohamad MN pada tahun 1981, namun album tersebut gagal di pasaran. 

Beliau membentuk kumpulan folk rock Kembara dengan empat orang anggota lain iaitu A. Ali, S. Sahlan, dan adik-beradik Abby dan Eddie Ali. Adik-beradik Ali bagaimanapun meninggalkan Kembara pada awal penubuhannya itu disebabkan oleh perbezaan pendapat mereka memilih genre yang bakal diketengahkan oleh kugiran tersebut. Kembara mengeluarkan album sulung mereka yang menjadi suatu kejayaan komersial dengan sebanyak 25,000 naskhah yang terjual. Mereka turut mengeluarkan enam album yang mencapai kejayaan yang sama sehingga pembubaran mereka pada akhir tahun 1985.[3]

KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT - 40 TAHUN PERJALANAN

Selepas pembubaran Kembara, M. Nasir memulakan kerjaya solo, menandatangani kontrak dengan PMC/BMG dan menerbitkan album S.O.L.O yang dikeluarkan pada 13 November 1989, ia menjadi album pertamanya yang didaftarkan atas nama M. Nasir. Lima lagu di dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single, dengan salah satunya menampilkan duet bersama Rahim Maarof, iaitu “Falsafah Cinta”.

Pada 5 Januari 1990, beliau menubuhkan label rakamannya sendiri Luncai Emas yang beribu pejabat di Sungai BulohSelangor. Beliau seterusnya melancarkan album solo ketiganya, Saudagar Mimpi (1992) di mana beliau menulis kesemua lirik untuk 11 lagu di dalam album ini, dengan 3 lagu dikarang oleh beliau sendiri. Antara lagu popular album ini ialah “Apokalips” yang merupakan single pertama.

Album studio keempat beliau, Canggung Mendonan memperlihatkan M. Nasir mengetengahkan pelbagai genre termasuk muzik dunia. “Mentera Semerah Padi”, “Tanya Sama Itu Hud Hud”, “Sentuhan Listrikmu” dan “Bonda” dikeluarkan sebagai single. Canggung Mendonan memenangi Album Tradisional Terbaik dan “Mentera Semerah Padi” memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik kedua pada 1995.

Dato' M Nasir - Latif

M. Nasir melancarkan album kelima beliau, Srikandi Cintaku (1999) yang mana kesemua lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini merupakan rakaman semula dari lagu-lagu ciptaan beliau yang sebelumnya pernah dipopularkan oleh artis-artis popular dan beliau sendiri.[5]

M. Nasir ialah salah seorang daripada 45 artis popular yang bakal mengadakan persembahan di Petronas Celebratory Concert bersempena ulang tahun ke-45 syarikat minyak dan gas Petronas, artis yang terlibat termasuk Amy SearchEllaJaclyn VictorRuffedgeFaizal TahirDavid Arumugam dan lain-lain.

Konsert Istimewa M.Nasir di Singapura

Antara lagu-lagu ciptaan M Nasir adalah:

1) Hati Emas (Kembara)
2) Hingga Akhir Nanti (Alleycats)
3) Sekuntum Mawar Merah (Alleycats)
4) Mustika (M.Nasir)<center><table class=box cellspacing=0 cellpadding=0 width=445 border=0>
5) Mentera Semerah Padi (M.Nasir)
6) Fantasia Bulan Madu (Search)
7) Istana Menanti (Rahim Maarof)
8) Kerja Gila (Amy Search)
9) Sejati (Wings)
10) Ukiran Jiwa (Awie)
11) Mahligai Syahdu (Hattan)
12) Senja Nan Merah (Awie & Ziana)
13) Menanti (Ella)
14) Dari Kekasih Kepada Kekasih (Hattan)
15) Kekasih Awal Dan Akhir (Jamal Abdillah)
16) Ghazal Untuk Rabiah (M.Nasir & Jamal Abdillah)
17) Takdir Penentu Segala (Jamal Abdillah)
18) Sandarkan Pada Kenangan (Jamal Abdillah & Siti Sarah)
19) Tiara (Kris)
20) Aku Dah Bosan (Amy)
21) Nurnilam Sari (Awie & Search)
22) Cinta Sakti (Def Gab C)
23) Andalusia (M.Nasir)
24) Phoenix Bangkit Dari Abu (M.Nasir)
25) Cinta Dewa Dewi (Spider)
26) Aduh Saliha (Mawi)
27) Juwita Citra Terindah (M.Nasir)

Album Solo
1. Untuk Pencinta Seni (1979)
2. Dia Ibuku (1981)
3. Solo (1988)
4. Saudagar Mimpi (1991)
5. Canggung Mendonan (1993)
6. Konsert Akar M. Nasir – Manifestasi Akustika (1995)
7. Terbaik M. Nasir (1998)
8. Srikandi Cintaku (1999)
9. Prahara Seni Abadi (2001)
10. Phoenix Bangkit (2001)
11. Sang Pencinta (2006)

Album Bersama Kembara
1) Kembara (1981)
2) Perjuangan (1982)
3) Generasiku (1983)
4) 1404 Hijrah (1984)
5) Seniman Jalanan (1984)
6) Duit (1985)
7) Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1986)

Album Kompilasi
1) Irama M. Nasir (inst) (1982)
2) Lagu-Lagu Koleksi Kembara (1985)
3) Lagu-Lagu Koleksi Kembara 2 (1989)
4) Kembara Koleksi 1 (1991)
5) Lagu-Lagu Hits Ciptaan Komposer M. Nasir – Berbilang artis (1992)
6) Bunyi Yang Dilihat – Karyacipta M. Nasir – Berbilang artis (1992)
7) Bunyi Yang Dilihat – Karyacipta M. Nasir Vol. 2 – Berbilang artis (1992)
8) Karya Abadi M. Nasir – Berbilang artis (1993)
9) Mentor (1994) – Hattan
10) Yang Terbaik Dari M. Nasir – Berbilang artis (1995)
11) Masihkah Ingat… Kembara 1981-1985 (1995)
12) Koleksi Original 2 Kembara (1995)
13) Sentuhan Ajaib M. Nasir – Berbilang artis (1995)
14) Konsert Akar M. Nasir – Manifestasi Akustika (1995)
15) Masihkah Ingat… M. Nasir & Yunizar Hussein (M. N)(1995)
16) Dua Pencipta Slow Rock (Dedd) (1997)
17) Gabungan Saleem Iklim & M. Nasir (1998) – Saleem
18) 2 Dalam 1 – Kembara & Perjuangan (1998)
19) 2 Dalam 1 – Duit & Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1998)
20) Si Fu (1999) – Real
21) Terimakasih M. Nasir.. Koleksi Klasik (1999)
22) Koleksi Klasik Kembara (1999)
23) Sentuhan Berantu – J. S. Kevin dan M. Nasir – Berbilang Artis (1999)
24) Si Fu – M. Nasir – 14 Karya Terbaik – Berbilang Artis (2000)
25) Aku & Mentor (2000) – Hattan
26) Best of M. Nasir Dengan Kembara (2001)
27) Prahara Seni Abadi (2001)
28) Best Of Kembara (2001)
29) Karya Emas M. Nasir – Berbilang Artis (2002)
30) Sentuhan Terbaik M. Nasir – Berbilang Artis (2002)
31) Koleksi Klasik 2 Lagenda Rock – Sweet Charity vs Kembara (2002)
32) M. Nasir vs Ebiet G. Ade – Penyair Nusantara (2002)
33) M. Nasir No. 1 “Dulu Dan Kini” (2002)

Single
1) Demi Kedamaian (dgn Artis-Artis Polygram)(1980)
2) Joget Berpantun (suara latar bagi Yunizar Hussein) (1980)
3) Adam Dan Hawa (suara latar bagi Al Jawaher) (1982)
4) Perjalanan 2 (duet dgn Al Jawaher) (1982)
5) Semalam Semalam (suara latar bagi Yunizar Hussein) (1982)
6) Pada Satu Kedudukan (suara latar bagi Search) (1986)
7) Sabarlah Sayang (duet dgn Sharifah Aini) (1989)
8) Kenangan (1992)
9) Satu Hari Di Hari Raya (1994)
10) Bersama Berdua (1994)
11) KepadaMu Kekasih (dgn Hattan & Jamal Abdillah) (1994)
12) Jikalau Berkasih (1994)
13) Serumpun Tak Bisa Luroh (dgn Artis-Artis BMG/Sony Music) (1994)
14) Ghazal Untuk Rabiah (duet dgn Jamal Abdillah) (1995)
15) Hati Emas (unplugged) (1995)
16) Musafir Di Aidilfitri (1995)
17) Dunia Impian Kita (1995)
18) Ya! Sidi Mustafa (1996)
19) Tinggalkan Satu Peluru (1996)
20) Mencari Amerika (duet dgn Dr Wan) (1996)
21) Ala Canggung (duet dgn Ramlah Ram) (1998)
22) Salam Dunia (lagu Hari Raya) (2001)
23) Senandung Sayang (duet dgn Aishah) (2001)

Filem yang dibintanginya
1) Kembara Seniman Jalanan (sebagai Bujang/Jebat)
2) Selubung (sebagai Kamal)
3) Fenomena (sebagai Hassan)
4) Balada (sebagai Desa)
5) Simfoni Duniaku (sebagai Iskandar)
6) Merah (bertindak sebagai pengarah & pelakun. Sebagai Hassan)
7) Perempuan Melayu Terakhir (Cameo)(sebagai M.Nasir)
8) Putih (suara Putera Aftus)
9) Puteri Gunung Ledang (sebagai Hang Tuah)

Sejarah Konsert Mega M. Nasir

1) Konsert Canggung M. Nasir, Stadium Negara – 29 July 1994
2) Malam Bonda M. Nasir, Ukm – 12 Aug 1994
3) Konsert M. Nasir, Pesta Port Dickson – 27 Aug 1994
4) Malam Karyawan Malaysia, Stadium Shah Alam – 16 Sept 1994
5) Konsert Canggung M.Nasir J.B. – 7 Dis 1995
6) Master Of Band Festival Shah Alam – 21 Jan 1995
7) Anugerah Sastera Maybank – 19 Apr 1995
8) Asia Live (Live Telecast From Japan) – 12 Mei 1995
9) Konsert Akar Manifestasi Akustika M.Nasir, Pwtc – 26 Oct 1995
10) East Malaysia M.Nasir Tour (Sabah) – 30 Mar – 6 Apr 1996
11) Konsert M.Nasir Crossing Uk ’97, Manchester Uk – 2 & 4 Apr 1997
12) Tayangan Perdana Filem “Merah”, Perth Australia – Sept 1997
13) Konsert Gembala M.Nasir, Harbour Pavilion, S’pura – 20 Aug 1999
14) Konsert Andalusia M.Nasir, Stadium Merdeka – 29 Jan 2000
15) Konsert Raikan Cinta M.Nasir, Ntv7 – 30 Aug 2001
16) Konsert Phoenix M.Nasir, Suntec City, S’pura – 21 Okt 2001
17) Malam Phoenix Bangkit M.Nasir 2002, Usm P. Pinang – 15 Jun 2002
18) Malam Phoenix Bangkit M.Nasir 2002, Uum Sintok, Kedah – 28 Jun 2002

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PROFILE ROSLI ABU BAKAR

Fasha Sandha Tusuk Kangkang Dengan Daun Nenas Gugur Anak?