Nama penuh: Nur Fasha Sandha Hassan
Kerjaya: Pelakon dan Model Iklan.
Asal: Pulau Pinang.
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik.
Drama: Natasha, Dengan Nama Cinta, Rumah Itu Duniaku dan Mentari Jingga.
Filem: Anak Mami Kembali, Bujang Senang, Black Maria, Nana Tanjung, Cicak Man, Cinta, Badai Pasti Berlalu, Anak Halal, Skrip 7707 dan Gong.
Iklan: Maxis, Petronas, Nokia, Darlie, Pantene, duta Maybelline dan terkini menjadi model iklan Garnier.
Anugerah: Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH05), Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006.
Fakta Menarik
1. Berketinggian 1.68 meter.
2. Anak kedua daripada empat adik-beradik.
3. Anak kepada Hassan Moideen (bapa) dan Hatijah Teh Man (ibu).
4. Mempunyai adik yang juga seorang pelakon, Elisha Sandha. Selain itu, Fasyina Sandha (kakak) dan Ikmal Daniel (adik).
5. Berkelulusan diploma sewaktu menyambung pengajian di Institut Kebudayaan Belia Negara.
6. Seawal karier, beliau aktif dalam bidang pengiklanan dan peragawati.
7. Filem pertama lakonannya ialah Black Maria, memegang watak sampingan.
8. Antara filem popular dijayakannya termasuk Bintang Hati, Berlari Ke Langit, Anak Mami Kembali, Cinta, Cicak-Man, Anak Halal, Evolusi KL Drift, Cicakman 2 – Planet Hitam, Badang dan Blok 404.
9. Beberapa drama yang pernah dibintanginya seperti Natasha, Dewa Cintaku, Cinta Elysa, Seindah Sakura, Lara Aishah dan Mamu Mami Gosip.
10. Mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang juga bekas suami aktres Nora Danish. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Namun akhirnya perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.
11. Fasha dan Nora yang diketahui ramai telah lapan tahun berselisih faham, akhirnya dilaporkan bakal menamatkan ‘perang’ pada Mei 2018.
12. Pada 18 November 2018, beliau bertunang dengan aktor Aidil Aziz.