in , ,

Bintang Strim & Usahawan Terima Penghargaan di Shopee Super Awards 2023

Shopee Super Awards 2023 kembali tahun ini untuk meraikan bintang cemerlang dalam landskap e-dagang Malaysia yang semakin berkembang. 

Majlis anugerah berkarpet merah ini dilangsungkan pada 14 Disember 2023 di Hotel Majestic Kuala Lumpur dan dihoskan oleh Naz Rahman dan Julie Woon, dan hadirin dihiburkan oleh persembahan dari Dolla dan Vanessa Reynauld. 

Girl group, Dolla, turned heads as the opening act for Shopee Super Awards 2023

Salah satu majlis anugerah e-dagang terbesar di Malaysia, Shopee Super Awards meraikan jenama dan penjual yang telah berjaya mengubah perniagaan mereka dengan menggunakan pemasaran strim langsung dan affiliate secara cemerlang.

100 anugerah diberi kepada jenama kegemaran, penjual tempatan dan bakat hebat yang telah mencapai perkembangan cemerlang dalam pasaran Shopee dengan melangkaui halangan dalam berinovasi dan membawakan kualiti yang konsisten. 

Happy winners at Shopee Super Awards 2023 showing off their hard-earned trophies

Tempoh pengundian 28 hari di aplikasi Shopee pada bulan November membolehkan orang ramai untuk mengundi 25 pemenang anugerah, manakala 75 anugerah tanpa pengundian ditentukan oleh hasil data platform.  

Kenneth Soh, Head of Marketing at Shopee Malaysia, expressing his pride for all the nominees at Shopee Super Awards 2023

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, “Shopee Super Awards 2023 menunjukkan hubungan sinergi antara komuniti dalam talian dalam memacu keterangkuman ekonomi dalam e-dagang dan peranan Shopee sebagai platform yang mempunyai ekosistem dengan sumber dan sokongan kukuh yang membolehkan pemacuan ini. Platform kami sentiasa memperkasakan perniagaan untuk berjaya dalam ekonomi digital – sepertimana terbukti dengan 98,000 penjual baharu yang menyertai ekosistem kami pada tahun ini – terutamanya dengan program peningkatan kemahiran percuma seperti Shopee University, Shopee Seller Summit, dan kelas pemasaran pempengaruh. Tambahan lagi, penjual tempatan baharu di Shopee Live merekodkan peningkatan sepuluh kali ganda dalam jualan dan 16 kali ganda dalam peningkatan pesanan pada tahun ini berbanding tahun lepas. 

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Live Streamer

Rakyat Malaysia dijemput untuk mengundi sepanjang bulan November untuk penjual Shopee yang telah disenarai pendek berdasarkan jumlah strim langsung tertinggi, pencapaian dalam jumlah pesanan strim langsung tertinggi dalam kategori masing-masing, dan memacu jumlah dan keterlibatan penonton tertinggi. Para pemenang anugerah Super Live Streamer yang berjaya menawan penonton adalah: 

  • Super Essentials Livestream Brand: MYDIN Malaysia
  • Super Fashion Livestream Brand: XES Shoes
  • Super Lifestyle Livestream Brand: STABILO Official Store
  • Super Electronic Livestream Brand: 70mai
  • Super Beauty Livestream Seller: KL-PHARMACY
  • Super Essentials Livestream Seller: PHINIX STORE
  • Super Fashion Livestream Seller: ELGINI APPAREL SDN BHD
  • Super Lifestyle Livestream Seller: JAYATECH
  • Super Electronic Livestream Seller: allblue5367

Anugerah di bawah Kategori Shopee Malaysian-Born Brand

HABIB Official Store menerima undian paling banyak dari kalangan orang ramai sebagai pemenang anugerah julung-julung kali Anugerah Malaysian-Born Brand. HABIB mempertunjukkan khidmat pelanggan cemerlang sebagai Shopee Mall Brand yang dipercayai sebagai 100% produk asli, polis pemulangan 15-hari, penghantaran percuma dan keistimewaan sebagai ahli jenama. 

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Aspiring Brand

Para pemenang Super Aspiring Brand menunjukkan prestasi terbaik dalam kategori ini dari segi pertumbuhan jualan tahun ini dengan mencipta keterlibatan berperibadi dengan pembeli Malaysia di Shopee Live dan menggunakan pemasaran Shopee Affiliates. Mereka juga menyesuaikan produk secara hiperlokal dan pengalaman membeli-belah yang mementingkan pengguna melalui kempen-kempen terbesar Shopee, penghantaran percuma, dan program Coin Cashback.

  • Super Aspiring Brand – FMCG: SKINTIFIC
  • Super Aspiring Brand – Fashion: Zoe Arissa Luxe
  • Super Aspiring Brand – Lifestyle: Touch ‘n Go Malaysia
  • Super Aspiring Brand – Electronics: DREAME

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Seller 

Anugerah Super Seller dianugerahkan kepada penjual yang mencapai keuntungan kedai tertinggi tahun ini dalam kategori masing-masing dengan mencuba cara pemasaran baharu Shopee 360 Marketing Solutions dan strategi taktikal lain. Para pemenang ini meningkatkan jenama dan jualan mereka apabila pembeli berpusu-pusu membeli-belah semasa Kempen Terbesar Shopee (Shopee 9.9, 11.11, dan 12.12 Jualan Hari Jadi):

  • Super Mobile & Smart Devices Seller: Spraygadget
  • Super Home Appliances Seller: The White Goods
  • Super Tech & Gaming Seller: Impulse Gaming
  • Super Fashion Apparel Seller: LAU THING HIM
  • Super Fashion Shoes Seller: Webee
  • Super Fashion Accessories Seller: Grimo
  • Super Beauty Seller: LONKOOM
  • Super Essentials Seller: Khairul Aming
  • Super Baby & Kids Seller: Momo House
  • Super Lifestyle Seller: MUSIC BLISS SDN BHD

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Shopee Celebrities 

Anugerah Super Shopee Celebrity dianugerahkan kepada individu yang bukan sahaja telah melancarkan kedai atau produk di Shopee pada tahun lalu, tetapi juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam keterlibatan pengguna melalui Shopee Live. Pera pemenang kategori ini menggunakan promosi secara efektif dan berjaya mencapai prestasi jualan yang kukuh, menunjukkan mereka sememangnya bintang dalam ekosistem Shopee. Tahun ini, pemenang termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Zoey Rahman, Ceddy Ang, Dato’ Jovian Mandagie, Nuex Rosli, dan Ainul Aishah, di mana setiap mereka memberi inspirasi kepada usahawan dan pencipta kandungan yang lain dengan dedikasi, inovasi, dan usaha keterlibatan penonton mereka.

Dato_ Siti Nurhaliza accepted the Super Celebrity Award presented by Kenneth Soh, Head of Marketing Shopee Malaysia.jpg

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Influencer

Mempertengahkan bakat hebat, Anugerah Shopee Super Influencer mengiktiraf pempengaruh yang memacu peningkatan trafik (10% atau lebih) dengan setiap kempen sepanjang tahun, yang memberi kredibiliti kepada penjual tempatan dan jenama dengan isi kandungan berkualiti yang diterima baik rakyat Malaysia. Individu-individu ini mempunyai ‘postings’ dengan kadar keterlibatan positif yang tinggi dan pertumbuhan pesat pengikut dan kecapaian:

  • Shopee Super Influencer: Nyokki Ho 
  • Shopee Super Influencer: Fateha
  • Shopee Super Influencer: Chang Yong 
  • Shopee Super Influencer: Hasha Shah
  • Shopee Super Influencer: Nurul Najiah Hassan
  • Shopee Super Influencer: Nurhasuna
  • Shopee Super Influencer: Afiqchii
  • Shopee Super Influencer: Toklez
  • Shopee Super Influencer: Dina Sallehuddin
  • Shopee Super Influencer: Sarah Mohd Shah

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Affiliate

Shopee Affiliates bangga dapat membina hubungan dengan pelanggan dalam cara yang boleh dipercayai, membawakan cadangan produk dan ‘review’ jujur, dan memacu trafik untuk jenama dan penjual tempatan. Lima affliate strim langsung diiktiraf atas kejayaan mencapai pesanan, keterlibatan dan ‘likes’, dan jumlah penonton unik strim langsung tertinggi sepanjang tahun. Tambahan, lima pempengaruh Super Affiliate diiktiraf atas kejayaan mereka menyumbang kepada purata pesanan harian tahun demi tahun. 

  • Shopee Super Affiliate Livestreamer: Norashikin Binti Abd Rashid
  • Shopee Super Affiliate Livestreamer: Ng Su Ling
  • Shopee Super Affiliate Livestreamer: Jacklyn Goh Seoh Hooi
  • Shopee Super Affiliate Livestreamer: Fadzilah Binti Abdul Jalil
  • Shopee Super Affiliate Livestreamer: Chew Shiau Yin
  • Shopee Super Affiliate Influencer: Puteri Syarlia Binti Sahfuzzaman
  • Shopee Super Affiliate Influencer: Norita Binti Omar
  • Shopee Super Affiliate Influencer: Indriana
  • Shopee Super Affiliate Influencer: Nurul Iman Binti Abdul Rahim
  • Shopee Super Affiliate Influencer: Syazwani Binti Md Saad

Penghargaan buat Rakan Penaja 

Atas sokongan dan dedikasi rakan penaja yang memainkan peranan penting dalam menguatkan ekosistem Shopee, Anugerah Shopee Super Partner termasuk jenama Carlsberg, INNISFREE, KITSUI, Pernod Ricard, Signature Market, SKINTIFIC, dan Vinda.

Shopee Rai Lokal – Breaking Barriers Online

Para pemenang juga dibawa menonton dokumentari yang julung-julung kali diterbitkan oleh Shopee bertajuk “Shopee Rai Lokal – Breaking Barriers Online”. Filem ini mempertengahkan temu bual bersama Edward Wong dari HomeDecoStore, Felicia Tan dari Mamami Shoppe, dan Mohd Zaid dari Lampu Cherita. Mereka berkongsi kisah peribadi mereka dalam menembusi halangan, bermula secara kecil-kecilan, dan mencipta kejayaan dalam sentiasa berkembang dalam bidang masing-masing. 

(Left to right) Edward Wong, HomeDecoStore_ Eugene Lo, Mamami Shoppe_ and Mohd Zaid, Lampu Cherita - the three stars of Shopee Rai Lokal- Breaking Barriers Online

“Dengan perkongsian dokumentari ini, kami berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencapai impian dalam talian mereka. Kami juga memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli lokal dengan meraikan penjual terbaik dan menceritakan kisah mereka,”. 

– Soh

Senarai Penuh Pemenang Shopee Super Awards 2023

NoAward NameWinner
1Malaysian-Born BrandHABIB Official Store
2Shopee Super Affiliate InfluencerPUTERI SYARLIA BINTI SAHFUZZAMAN
3Shopee Super Affiliate InfluencerNORITA BINTI OMAR
4Shopee Super Affiliate InfluencerINDRIANA
5Shopee Super Affiliate InfluencerNURUL IMAN BINTI ABDUL RAHIM
6Shopee Super Affiliate InfluencerSYAZWANI BINTI MD SAAD
7Shopee Super Affiliate LivestreamerNORASHIKIN BINTI ABD RASHID
8Shopee Super Affiliate LivestreamerNG SU LING
9Shopee Super Affiliate LivestreamerJACKLYN GOH SEOH HOOI
10Shopee Super Affiliate LivestreamerFADZILAH BINTI ABDUL JALIL
11Shopee Super Affiliate LivestreamerCHEW SHIAU YIN
12Shopee Super Affiliate PartnerShopback
13Shopee Super CelebrityNeelofa
14Shopee Super CelebrityDato’ Jovian Mandagie
15Shopee Super CelebrityZoey Rahman
16Shopee Super CelebrityCeddy Ang
17Shopee Super CelebrityAinul Aishah
18Shopee Super CelebrityNuex Rosli
19Shopee Super CelebrityDato’ Sri Siti Nurhaliza
20Shopee Super E-Commerce EnablerGIMMEDIA
21Shopee Super E-Commerce EnablerSTORE N GO
22Shopee Super InfluencerNyokki Ho
23Shopee Super InfluencerFateha
24Shopee Super InfluencerChang Yong
25Shopee Super InfluencerHasha Shah
26Shopee Super InfluencerNurul Najiah Hassan
27Shopee Super InfluencerNurhasuna
28Shopee Super InfluencerAfiqchii
29Shopee Super InfluencerToklez
30Shopee Super InfluencerDina Sallehuddin
31Shopee Super InfluencerSarah Mohd Shah
32Super Aspiring Brand – ElectronicsDREAME
33Super Aspiring Brand – FashionZoe Arissa Luxe
34Super Aspiring Brand – FMCGSKINTIFIC
35Super Aspiring Brand – LifestyleTouch ‘n Go Malaysia
36Super Baby & Kids BrandDrypers (Vinda)
37Super Baby & Kids SellerMomo House
38Super Beauty BrandNIVEA MALAYSIA
39Super Beauty Livestream BrandMaybelline Malaysia Official Store
40Super Beauty Livestream SellerKL-PHARMACY
41Super Beauty SellerLONKOOM
42Super BintangKelvin Yam
43Super Campaign Partner AwardBank Muamalat Malaysia Berhad
44Super Campaign Partner AwardMidea Scott & English Electronics Sdn Bhd
45Super Campaign Partner AwardGigi Coffee
46Super Contributor AwardMimi Faezah
47Super Deals Brand AwardA&W
48Super Electronic Livestream Brand70mai
49Super Electronic Livestream Sellerallblue5367
50Super Essentials BrandNestlé
51Super Essentials Livestream BrandMYDIN Malaysia
52Super Essentials Livestream SellerPHINIX STORE
53Super Essentials SellerKhairul Aming
54Super Fashion Accessories BrandMasdora Official Store
55Super Fashion Accessories SellerGrimo
56Super Fashion Apparel BrandLevi’s Official Store
57Super Fashion Apparel SellerLAU THING HIM
58Super Fashion Livestream BrandXES Shoes
59Super Fashion Livestream SellerELGINI APPAREL SDN BHD
60Super Fashion Shoes BrandSkechers Malaysia
61Super Fashion Shoes SellerWebee
62Super Favourite Local Food AwardWarung by Warung Wok
63Super Home Appliances BrandDyson
64Super Home Appliances SellerThe White Goods
65Super Jualan Rahmah AwardTopBabyExpo
66Super Lifestyle BrandKitchen Z
67Super Lifestyle Livestream BrandSTABILO Official Store
68Super Lifestyle Livestream SellerJAYATECH
69Super Lifestyle SellerMUSIC BLISS SDN BHD
70Super Mobile & Smart Devices BrandSamsung Malaysia Official
71Super Mobile & Smart Devices SellerSpraygadget
72Super Shopee Premium AwardPandora MY Flagship Store
73Super Strategic Partner AwardMalayan Banking Berhad
74Super Strategic Partner AwardSasbadi Holdings Berhad
75Super Supporter AwardLee Haw Han
76Super Tech & Gaming BrandHP Official Store
77Super Tech & Gaming SellerImpulse Gaming
78Super XpertVictor Chow
79Superpartner SeaMoneyAllianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
80Superpartner ShopeePayDomino’s Pizza Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy S23 Series

Pilih Telefon Gaming Anda Seolah Anda Memilih Statistik Pemain Anda

AISHA RETNO

Aisha Retno Lancar Dua Single Baharu & Mini Album A.R Sebagai Penutup 2023