Budiey rasa, korang semua dah kenal Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, seorang penyanyi remaja yang terkenal lahir dari program realiti One In A Million musim kedua. Walaupun Shila dinobatkan sebagai naib juara, tetapi aura keayuan remaja lincahnya begitu menyerlah dan terus melangkah maju.Â
Khabarnya tak lama lagi, Shila akan menyanyi di sebuah konsert mega bersama dengan kumpulan Ran. Menyentuh pasal album pula, Shila telah lahir dengan single terbarunya, Tunjukkan Cintamu pada 4 Februari lalu. Harap-harap, dapatlah tengok Shila lancarkan album penuh pada tahun ini.
Budiey dikhabarkan, lagu Tunjukkan Cintamu telah memasuki beberapa carta lagu popular di Indonesia. Shila memang seronok, happy dan rasa lega apabila peminat di Indonesia dapat menerima suara Shila. Mulanya mereka menganggap Shila penyanyi Indonesia, tetapi apabila diterangkan barulah mereka sedar Shila sebenarnya penyanyi dari Malaysia.
Terbaru, Budiey dapat tahu yang Shila terlibat dengan Clean&Clear Shila Campaign! Wah! Bertuah betul Shila, sekarang ni memang artis yang sentiasa menguntum senyum manis ini begitu laris. Mengapa? Budiey rasa sebab Shila punya attitude yang lincah dan sebagai ikon remaja yang lebih cergas, trend, sihat dan berjiwa matang! Patutlah, Shila ke kuliah tak pakai make up sebab kulit dia memang cantik giler! Shila memang suka natural dan hanya pakai pelembap bibir aje. Tapi yang menonjol, kulit Shila begitu putih bersih. Itulah hasilnya kalau dah guna Clean&Clear Fairness.
Jangan tak tahu, impak yang maksima menggunakan Clean&Clear Fairness memang mengkagumkan dan menjadikan wajah anda punya aura selebriti yang tiada tandingan. Mau kecerahan semulajadi dan kulit lebih gebu dan muda? Ha, masanya sudah tiba untuk bertukar dan buat transformasi yang drastik dalam hidup anda! Ingat Shila, korang pasti ingat Clean&Clear Fairness. Ini lah kesannya menggunakan Clean&Clear Fairness yang semestinya patut dicuba oleh semua remaja! Sesuai untuk jiwa remaja yang masih punya umur yang masih muda!Â
Baru sekejap tadi, Budiey telah menonton sebuah iklan Shila di kaca TV. Memang gempak jugak video muzik yang menampilkan anak kepada N.D Lala ni. Mempromosikan Clean&Clear Fairness. Ha, kalau korang nak tahu, produk ini sebenarnya istimewa untuk merawat kulit remaja yang inginkan kecerahan, muda dan gebu seperti Shila!
Dulu, pernah sekali la cuba produk nih, masa kat asrama. Pencuci mukanya tidaklah mengeringkan kulit kita malah ianya melembapkan. Yang penting, formula bebas minyak menjadikan kita senang untuk guna setiap hari. Kalau dulu, kulit Budiey berminyak sekarang, dah kurang sikit. Mujarab jugak!
Apa Itu Clean & Clear Clear Fairness “Masa Untuk Menyinar”?
Okayl ah Budiey nak cerita tentang Clean & Clear Clear Fairness “Masa Untuk Menyinar”, satu lagi kempen yang melibatkan penyanyi pujaan ramai ni kepada korang semua.
Sebenarnya, MASA UNTUK MENYINAR adalah satu program realiti show untuk mencari sahabat paling BERBAKAT untuk turut bersama dengan Shila dalam muzik videonya yang baru iaitu HANYA KITA!
Dibawakan secara eksklusif oleh Clean & Clear yang mahukan para remaja membuktikan kepada dunia mereka boleh menyanyi dan menari dengan serentak. Peraduan ini telah dilancarkan pada 20 Oktober 2008 selama 3 minggu untuk mencari pasangan sahabat paling berbakat. Kemudian, 10 pasangan telah disenarai pendekkan dan dipanggil untuk diujibakat. Pada 23 November 2008, satu sesi ujibakat telah diadakan di Media Prima dan kesemua dari 10 pasangan telah lakukan yang terbaik.
Akhirnya, pasangan Fasya dan Farisa telah dipilih sebagai pemenang. Tahniah, Budiey ucapkan kepada kedua remaja comel ni. Mereka berdua dipilih kerana personaliti mereka hebat, daya keyakinan yang tinggi dan mereka mempunyai kulit yang sihat dan fresh! Mereka berdua dipilih kerana mereka bijak menggunakan ekspresi karakter dan jiwa mereka yang selalu ceria. Yang lebih memeranjatkan, mereka berdua mewakili remaja kini yang bebas untuk memilih haluan hidup, bebas untuk berseronok dan bebas untuk memberikan cabaran dalam hidup mereka.
Wow! Fasya dan Farisa pastinya akan sentiasa kelihatan jelita dan menyerlah keanggunannya selepas menikmati Kempen Clean&Clear
Â
Fasya dan Farisa yang ceria sepanjang masa di mana jua!
Untuk hasilkan muzik video, Fasya dan Farisa telah dilatih dengan tarian sebelum pengambaran.
Dan hasilnya… Budiey kira satu video klip terbaik pernah Budiey tonton! Nampak jelas dalam muzik video tu, Fasya dan Farisa begitu bersemangat, berfikiran positif, mesra dan sangat yakin! Mereka tidak pernah berputus harap untuk menggapai impian dan segala usaha mereka laburkan dah pun mendapat hasilnya! Seharusnya terima kasih kepada Clean&Clear kerana telah menjadikan impian mereka satu kenyataan untuk menjadi bintang!
[tags]Shila, Clean, Confidence, Adventurous, Clear, Young, Fair Skin, Best Friends, Independence, Cool, Fair, Dream comes true, Passion, Hanya Kita, Time to Shine [/tags]