Bintang Marvel berusia 39 tahun itu berkongsi sedutan klip dalam Insta Story memaparkan dirinya dan keluarga bermain permainan ‘Heads Up’ namun malangnya, pada hujung video turut dikongsikan beberapa untaian gambar peribadi termasuk sekeping gambar kemaluan.
Bagaimanapun, paparan video tersebut sudah dipadam daripada Insta Story Chris atau nama lengkapnya, Christopher Robert Evans itu.
Sehubungan itu, nama Chris Evans menjadi trending tangga pertama dalam Twitter dengan 300,000 ciapan. Ramai antara pengguna Twitter mengusik dengan ciapan-ciapan nakal termasuk menjadikan insiden yang tidak disengajakan itu sebagai meme internet.
Begitu pun, ramai juga dalam kalangan peminat prihatin menggesa agar netizen menghormati privasi bintang Hollywood itu dan memohon agar paparan video tersebut tidak terus disebarkan.
“Itu satu insiden yang tidak disengajakan dan dia sudah memadamnya. Jadi, jangan terus kongsi lagi. Hormati privasi dia (Chris). Lindunginya sebagaimana dia lindungi dunia,”
– ciap seorang pengguna Twitter
Sehingga kini, belum ada penjelasan lanjut daripada syarikat pengurusan Chris berhubung insiden berlaku tersebut.
*Sumber: K! ONLINE