Bak pepatah Melayu, jauh di mata, dekat di hati. Walaupun terpisah jauh dengan orang yang tersayang, perasaan cinta terhadapnya tetap utuh. Walaupun dibatasi jarak fizikal yang jauh beribu batu, kehadirannya masih terasa dekat.
Mempunyai hubungan jiwa yang kuat sehinggakan jarak pun tidak mampu menjadi batu penghalang, itulah yang cuba digambarkan lagu berjudul Jauh’ karya dendangan bintang rap Alan D, AxelJonas dan Somean K-Clique.
Lagu yang berkonsepkan ‘urban music’ ini menggandingkan Alan D dan AxelJonas dari kumpulan hip-hop tempatan MassMusic bersama Somean K-Clique. Lagu yang menyajikan rentak dan bunyi segar ini, dihiasi dengan senikata yang mengangkat tema hubungan cinta jarak jauh.
Mengulas tentang tema lagu ini, Alan D berkata,
Lagu ini mengambil inspirasi daripada krisis kesihatan yang melanda dunia sekarang, ‘Jauh’ merupakan pengisytiharan cinta antara pasangan yang saling merindui, tetapi tidak boleh kembali ke pangkuan masing-masing kerana terhalang oleh sekatan perjalanan global.”
“Jarak jauh bukan penghalang untuk terus mengeratkan lagi hubungan cinta. Seperti maksud peribahasa Inggeris ‘Absense makes the heart grow fonder’.
Apabila orang tersayang tidak berada di sisi kita, akan menimbulkan rasa rindu yang amat mendalam, sekaligus menyedarkan kita betapa kita kasih dan memerlukan kehadiran seseorang itu dalam hidup kita.
Lagu ini bagi meraikan kecekalan pasangan diluar sana yang sedang terpisah jauh menanti waktu kembali bersama,”
– AxelJonas
Karya ciptaan bersama Alan D, AxelJonas, Somean K-Clique ini diterbitkan oleh Def Jam Malaysia dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar. ‘Jauh’ sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 28 Ogos lalu.
Muzik video rasmi lagu ini boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.
Lirik Lagu JAUH
Jauh
Sana kau berada
Tak sabar, bersabar
Asmara yang mesra
Sayang kau
Jauh,
Sini ku menunggu
Menanti cinta mu
Sampai akhir waktu
Sayang kau
Jauh
Tiada Akibat Ku Tau
Tiada Alasan Ku Mau
Dua Dunia Berbeza
Tapi Hanya Satu Cinta
Away
Ku Perlumu Di Sini
Girl you belong with me
Our love will set us free
Biar kau jauh disana, Dua belas jam berbeza,
Biarkan berbeza masa,rasa ku akan tetap sama,
Ku takkan berubah, ada kau cukup sudah,
Rasa aku cukup sudah
Walau berjauhan, jarak takkan jadi alasan,
Mata tak berdekatan, jadi sabar ku alaskan,
Kita dua cukup fahaman, yang salah diperbetulkan,
Kita dua punya fahaman, yang sama kita bentukkan