in ,

Yang Menarik Tentang Bintang Bersama Bintang BBB 2019

Bintang Bersama Bintang kini kembali! Program realiti yang mengetengahkan pelawak telah menobatkan Mark Adam sebagai juara pada musim yang lalu. Siapakah pula yang bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM 100, 000 dalam Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB 2019)?

Kali ini, BBB 2019 menampilkan 5 pelawak popular tanah air untuk meriuhkan malam Ahad anda selama 8 minggu bermula 3 Mac 2019, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, siaran langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

BINTANG BERSAMA BINTANG 2019

Achey & Shuk Dicabar Pendatang Baharu?

Peminat setia BBB masih berpeluang menyaksikan keletah Achey danShukyang sentiasa mencuit hati di pentas BBB 2019. Tahun ini, BBB 2019 telah melamar Chiwan, Mamak Putehdan Sharif Zerountuk melengkapkan barisan peserta untuk mencetuskan persaingan hebat dalam mempamerkan kreativiti dan kebolehan masing-masing.

“BBB bukan hanya berkisar tentang sketsa lawak semata-mata kerana program ini turut mencabar para pelawak berkarya dengan kreatif di luar kotak untuk menghiburkan para penonton.

Dengan kemudahan aplikasi  teknologi masa kini, kebolehan seorang pelawak adalah lebih meluas, tidak hanya membuatkan anda tertawa tetapi juga mahu menyampaikan mesej dengan cara yang lebih mudah diterima oleh orang ramai.”

“Kebolehan barisan pelawak baharu yang menyertai BBB pada tahun ini tidak harus diperlekehkan kerana mereka berani menyahut cabaran untuk bersaing dengan Achey dan Shuk yang sudah berpengalaman di pentas BBB ini.

Setiap pelawak mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing. Kreativiti mereka dalam berkarya dan memberi variasi dalam setiap persembahan mereka yang akan menentukan kredibiliti mereka sebagai seorang pelawak.”

Puan Zurina Othman, Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan (ntv7) & Perolehan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

Masih mengekalkan format pertandingan terdahulu, setiap minggu menawarkan RM 10, 000 sebagai ganjaran untuk pelawak yang mendapat markah tertinggi.

Mereka yang bergelar juara mingguan ini juga sekaligus memperoleh ‘pas’ untuk layak bersaing ke Arena Bintang Bersama Bintang 2019 Akhir. Peserta perlu memanfaatkan masa empat minit beserta lagu selama dua minit dalam setiap sketsa mereka untuk merebut juara mingguan.

BINTANG BERSAMA BINTANG 2019

Peserta juga dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk memantapkan dan menyerikan lagi persembahan mereka. 

Para penonton juga boleh mengikuti perkembangan dan mengetahui aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui Komik Bintang Bersama Bintang pada setiap Ahadjam 6.00 petang diTV3. 

BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my. ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai BBB 2019 dan jangan lupa hangatkan perbualan anda di laman sosial dengan #BBB2019!.

BINTANG BERSAMA BINTANG 2019
BINTANG BERSAMA BINTANG 2019
BINTANG BERSAMA BINTANG 2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Ini Kekasih Baru Sarah Hilderbrand Seperti Yang Didakwa Nabil Mahir?

SEA LIFE Malaysia Welcomes First Group of Fish