in

Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010

RTM ANJUR PENCARIAN BAKAT NYANYIAN DI KALANGAN KAUM CINA DAN INDIA

Pencarian penyanyi berbilang kaum yang mampu menyanyikan lagu berbahasa Melayu dengan baik direalisasikan RTM sebagai sebuah badan penyiaran yang unggul dengan penganjuran pertandingan nyanyian untuk kaum bukan Melayu menerusi Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 yang diterbitkan hasil kerjasama antara Unit Hiburan TV dengan dua stesen radio miliknya, Radio MINNALfm (Tamil) dan Radio AIfm (Mandarin).

Dianjurkan buat julung-julung kalinya, pertandingan ini pastinya satu pendekatan dalam usaha menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam bentuk nyanyian, sebagai penghubung utama kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia bersesuai dengan konsep 1Malaysia. Malah penganjuran pertandingan Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 sebagai satu platform kepada kaum bukan melayu mempelajari pelbagai aspek tentang kepelbagaian budaya dan adat resam melalui pertandingan ini.

Selain mampu mencungkil bakat-bakat baru dalam nyanyian lagu-lagu Melayu pelbagai rentak di samping memupuk minat rakyat Malaysia daripada kaum bukan Melayu dan peringkat umur terutamanya generasi muda, pertandingan ini memperlihatkan bakat peserta untuk menyanyikan lagu-lagu berirama Melayu sebagai satu wadah budaya yang mencerminkan semangat satu Malaysia.

Buktinya menerusi penerimaan orang ramai yang menghadiri sesi ujibakat peringkat saringan dibahagikan kepada enam zon telah diadakan pada 7 November 2009 (RTM Melaka & RTM Pulau Pinang), 14 November 2009 bertempat di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur & RTM Pahang dan 21 November 2009 di RTM Kota Kinabalu, Sabah & RTM Kuching, Sarawak.

Begitu pun hanya 24 orang yang benar-benar memenuhi kriteria terpilih untuk meneruskan cabaran mereka di Peringkat Separuh Akhir diterbitkan dalam 4 episod disiarkan berturut-turut mulai pada 7 Mac 2010, 14 Mac 2010, 21 Mac 2010 dan 28 Mac 2010 yang akan disertai oleh 6 peserta setiap episod. 2 episod untuk pemenang Suku Akhir dari Radio MINNALfm, dan 2 episod Radio AIfm. Ini bagi memastikan di peringkat akhir, penyertaan mewakili kaum masing-masing adalah sama dimana hanya dua pemenang di dalam setiap episod Separuh Akhir akan dibawa ke peringkat akhir melibatkan 8 peserta terbaik yang telah dipilih.

12 peserta kaum Cina yang telah terpilih adalah Khor Bin Jun, Chung Ming Ming, Loo Wai Yee yang masing-masing berasal dari Selangor, dua orang peserta dari Pulau Pinang, Darren Chin Teik Meng dan Khor Wei Shin, dua peserta Sabah, Bonny Lin Vun Seng dan Lee Cheng Wen jua lima peserta melibatkan Chua An Qi (Johor), Lee Kar Wei (Negeri Sembilan), Thian Eik Cher (Sarawak), Tan Hui Wey (Pahang) dan Tan Yen Ming (Melaka).

Manakala 12 peserta kaum India pula menyaksikan penyertaan oleh Shanthesh Kumar A/L Sukumaran (Selangor), Iris Perrine A/P Vethamoni Asirvatham (Selangor), Prabagaran A/L Mookaya (Kuala Lumpur), Stan Calvin A/L Vethamoni Asirvatham (Selangor), Thandayuthabani A/L Ponnambalam Dass (Pulau Pinang), Marian Shanti A/P Danaraj Jackson (Melaka), Patmasri Dewi A/P Jothiswaran (Sarawak), Vimalan A/L Balapalani (Perak), s.Joseph A/L Stephen (Selangor), Gantharubi A/P Palaniappan (Negeri Sembilan), Philip Martin A/L Devidass @Aruldass (Selangor) dan Lakshman A/L Balakrishnan (Kuala Lumpur).

Untuk mengetahui sejauhmanakah bakat dan kemampuan menyanyikan lagu-lagu popular Melayu disampaikan oleh peserta-peserta yang melayakkan diri ke Peringkat Separuh Akhir, Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 usah ketinggalan menyaksikan siaran langsung pertandingan yang diadakan pada 7 Mac 2010, 14 Mac 2010, 21 Mac 2010 dan 28 Mac 2010, jam 4.00 petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Jacksons: A Family Dynasty

Marsha Suka Buli Anding Dalam Hotel Mania?