in , ,

Billie Eilish Berkolaborasi dengan Jenama Kasut Nike Lancarkan Edisi Air Jordan Vegan

Pelantun Lost Cause, Billie Eilish sememangnya dikenali sebagai antara artis Hollywood yang suka mengenakan vegan yang tegar.

Tidak hairanlah jika Billie dipilih sebagai rakan kolaborasi Air Jordan yang seterusnya, selepas keluaran khas bersama beberapa selebriti terkenal antaranya Drake, Travis Scott dan J Balvin.

Penyanyi itu mengumumkan kerjasama dengan Air Jordan menerusi penghasilan dua kasut sniker bercirikan vegan 100% dan diperbuat daripada 20% bahan kitar semula.

Billie Eilish Berkolaborasi dengan Jenama Kasut Nike Buat Air Jordan Vegan

Bintang berusia 19 tahun itu berkongsi dua foto variasi sniker – Air Jordan 15 dalam rona neutral taupe dan Air Jordan 1KO dalam rona hijau muda. Koleksi ini turut menampilkan logo ikonik yang dihasilkan oleh Billie sendiri ketika dia berusia 14 tahun.

Menerusi kapsyen di Instagram, dia menjelaskan koleksi ini boleh didapati menerusi laman web store.billieeilish.com bermula hari ini manakala jualan di aplikasi SNKRS Nike akan bermula pada 30 September.

Kolaborasi ini merupakan usahasama terbaharu Billie untuk mempromosikan fesyen yang tidak melibatkan unsur haiwan. Dia lantang bersuara mengenai kekejaman terhadap haiwan dalam industri fesyen.

Billie Eilish Berkolaborasi dengan Jenama Kasut Nike Buat Air Jordan Vegan

Semasa menghadiri Met Gala dalam gaun kembang rekaan Oscar de la Renta minggu lalu, penyanyi ini menyatakan satu-satunya sebab dia bersetuju untuk menyarung persalinan tersebut adalah kerana rumah fesyen itu memberi komitmen untuk tidak lagi menggunakan bulu haiwan dalam koleksinya.

“Satu penghormatan untuk menyarung gaun ini kerana Oscar de la Renta akan bebas sepenuhnya daripada penggunaan bulu haiwan selepas ini!!!?”

– Billie Eilish
Billie Eilish Berkolaborasi dengan Jenama Kasut Nike Buat Air Jordan Vegan

Menerusi satu wawancara bersama British Vogue Mei lalu pula, Billie mendedahkan dia telah mengamalkan diet vegan selama tujuh tahun. Dia memilih untuk menjadi vegan selepas mempelajari lebih lanjut tentang etika industri daging dan tenusu.

“Sebaik sahaja saya mengetahui perkara sebegitu dan melihat dengan mata kepala sendiri, sukar untuk saya kembali.

“Dan kini, walaupun saya mempunyai ramai rakan yang mengambil daging dan tenusu, sukar untuk saya meneruskan hidup apabila memikirkan apa yang berlaku dalam industri haiwan dan tidak berbuat apa-apa mengenainya.”

– Billie Eilish

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Caprice Terima Teguran Netizen, Gurau Melampau dengan King Coco

Iqbal Dedah Dirinya Dikhianati, Dato’ Seri Vida Pujuk Tawar Kereta Mewah RM3 Juta