in ,

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Pakai Penutup Hidung & Mulut

GAMBAR HIASAN

Jangkitan wabak Covid-19 semakin meningkat. Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP sudah memasuki fasa ketiga dan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia pula sudah mencecah lebih daripada 5 ribu kes.

Memakai topeng muka adalah salah satu cara untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 tetapi adakah ia wajib dipakai oleh semua orang?

Berikut adalah masa yang diperlukan untuk memakai topeng hidung dan mulut.

  • Individu yang sihat diharuskan memakai topeng hidung dan mulut apabila menjaga pesakit yang disyaki menghidap Covid-19.
  • Pakai penutup hidung dan mulut apabila anda batuk dan bersin
  • Topeng hanya akan berkesan apabila digabungkan bersama rutin membasuh tangan yang kerap dengan pencuci alkohol atau sabun dan air.
  • Jika menggunakan topeng, anda perlu tahu cara menggunakan dan membuangnya dengan betul.

Cara Guna Topeng Hidung Dan Mulut

  • Pastikan bahagian bewarna berada di bahagian luar dan gantikan topeng selepas menggunakannya.
  • Pastikan anda tidak menyentuh bahagian depan topeng dan tanggalkannya dengan menarik keluar tali di bahagian telinga.
  • Buang topeng yang telah digunakan ke dalam tong sampah yang bertutup. Jangan lupa untuk cuci muka dan tangan selepas menggunakannya.
Sumber: World Health Organization

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Dia Curang Bukan Dengan Seorang, Tapi Dua Lelaki” – Suami Nadia Brian

Gambar Hiasan

Dua Pegawai Kanan Dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Ditahan SPRM