Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan filem “Contagion†yang berlatarkan kisah penyebaran virus yang mengetengahkan pelakon popular antaranya Matt Damon, Gwyneth Paltrow, Kate Winslet, juga pelakon lain Marion Cotillard, Laurence Fishburne, Jude Law, Bryan Cranston, Jennifer Ehle dan Sanaa Lathan.
Penonton pastinya teruja mengikuti filem genre thriller karya Steven Soderbergh tahun 2011 ini plot yang semakin lama membuat orang menjadi ingin lebih tahu. Persoalan siapakah dalang yang menjadi penyebar virus dan benarkah ada konspirasi di sebalik penyebaran virus ini, terjawab satu persatu. Berbagai karakter yang ada di filem ini memang tidak diperkenalkan dengan lebih teliti supaya penonton dapat berpikir secara global tanpa harus mengetahui latar belakang seluruh karakter utama yang terlibat.
Menemui penonton pada 31 Januari ini, pukul 11.00 malam di TV2, Contagion bermula dengan watak Beth Emhoff (Gwyneth Paltrow) yang sedang duduk sambil minum dan makan kacang di sebuah bandar. Beth nampak tidak sihat dan terbatuk-batuk serta dilihat seperti orang demam atau flu.
Pada situasi yang lain digambarkan orang-orang di China, Inggeris dan Jepun yang mengalami sakit yang sama akibat serangan virus seperti Beth Emhoff dan akhirnya meninggal setelah mengalami kejang otot dan mulut berbuih. Golongan-golongan ini menjadi awal petaka penyebaran virus.
Beth akhirnya meninggal dunia dan anaknya juga turut meninggal namun sempat dipeluk oleh ibunya setelah Beth sampai di rumah.
Suami Beth, Mitch Emhoff (Matt Damon) kebal terhadap virus ini, meski sempat dikuarantin di hospital tempat isterinya dirawat. Anak perempuan Mitch, Jory Emhoff (Anna Jacoby-Heron), yang tinggal di bandar lain, juga kebal dan menemani ayahnya setelah ibu dan adiknya meninggal dunia.
Disinilah bermula situasi tegang dimana Mitch dan Jory cuba untuk dapat bertahan hidup di kalangan orang lain yang sudah dijangkiti epidemi virus.
Sementara itu, pemerintah Amerika, melalui CDC (Center for Disease Control) dan Lembaga Kesihatan Dunia, WHO (World Health Organization), berperang dengan waktu untuk menemukan vaksin virus yang membunuh orang ramai ini.
Ketika itu doktor, pakar perubatan dan ahli pencegah virus saling membantu untuk menemukan vaksin tersebut. Virus ini termasuk dalam kategori boleh menyebabkan kematian dan dipercayai berasal dari virus yang ada pada kelawar dan babi yang kemudian bergabung dan membentuk strain baru. Cara penularannya menular dengan pengidap atau melalui barang-barang yang sudah disentuh oleh pengidap virus. Orang yang telah terjangkiti boleh mati dalam waktu kurang dari lapan jam.
Agen terlibat ikhusus epidemi dari CDC yang menyelidiki kes ini adalah Dr. Erin Mears (Kate Winslet), Ketua CDC iaitu Dr. Ellis Cheever dibawakan wataknya oleh Laurence Fishburne.
Pada situasi yang semakin meruncing ini, muncul Alan Krumwiede (Jude Law), seorang blogger yang mengaku sebagai penulis sambilan cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan. Alan yang ternyata kebal virus, dalam video di blognya, berpura-pura sakit dan minum forsythia, ubat yang dikatakan Alan mampu untuk mencegah virus ini dan menyembuhkannya. Alan juga menyalahkan pemerintah Amerika Syarikat memiliki konspirasi dengan perusahaan farmasi sehingga forsythia terhad. Begitu juga dengan pembuatan vaksin anti virus ini yang dirahsiakan agar kalangan tertentu saja yang boleh mendapat manfaat pertama kali dari vaksin ini.
Di negara China pula digambarkan seorang peneliti dari WHO, Dr. Leonora Orantes (Marion Cotillard) yang sedang melaksanakan penyelidikan mengenai penyebaran virus ini, harus menghadapi situasi yang diluar dugaan. Dia dipaksa oleh pemerintah China menghasilkan vaksin virus ini, kerana korban terbanyak akibat virus ini kalangan rakyat negara mereka. Usah ketinggalan menyaksikan filem thriller mendebarkan ini hanya di TV2.