Beliau bertindak sedemikian di sebuah hospital swasta di Damansara pada hari yang sama sebagai langkah berjaga-jaga.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Michael Ang bersyukur kerana disahkan bebas daripada virus itu selepas memperolehi keputusan semalam.
Katanya, beliau bertemu dengan Alif pada 11 November lalu ketika itu terserempak di sebuah kafe.
Pesan beliau juga, kepada yang tertanya-tanya tentang swab test serta yang pernah bertemu supaya tidak perlu risau kerana hasil keputusan adalah negatif.
“Kepada korang yang tonton video ni, this Covid-19 is real. Sebelum ini I ada perasaan rasa I kebal tak akan kena apa semua tu.
“Sebab kita tak ada orang yang dekat dengan kita yang terkena Covid-19, jadi kita tak tahu bagaimana ia real berlaku, entah-entah ini semua propa! Tapi bila dah kena macam ni… orang terdekat positif, barulah sedar diri benda ni real.
“Kepada semua, mohon berhati-hati… ikut SOP. Buat apa yang kita perlu, pakai pelitup muka, cuci tangan dengan pembasmi kuman selalu, jaga penjarakan sosial, kalau keluar balik terus mandi, jaga diri anda sebaik-baiknya.
“Jaga keselamatan diri sendiri. Virus itu tak kenal orang, sesiapapun boleh terkena. Jadi, jaga diri korang dan orang tersayang,”
– Michael Ang
Video berdurasi 1 minit 38 saat itu telah ditonton lebih 140 ribu kali dan rata-rata warganet ucapkan syukur terhadap keputusan diperolehinya.
Semoga bermanfaat dan sama-samalah kita memainkan peranan dan berusaha membendung wabak ini agar ia tidak terus menular.