in ,

BigPay Tawar Pinjaman Kepada Golongan Pendapatan Rendah, Tiada Kemudahan Perbankan

BigPay, bahagian teknologi kewangan (fintech) bawah airasia Digital, bakal menawarkan lebih banyak perkhidmatan kewangan termasuk pinjaman kredit kepada kumpulan B40 dan M40, terutamanya bagi mereka yang tidak layak untuk perkhidmatan perbankan.

Lesen Kredit Komuniti yang diterimanya dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membolehkan BigPay memberikan kemudahan pinjaman kepada perniagaan kecil, usahawan dan orang perseorangan dengan kadar yang sangat terjangkau menerusi aplikasi digital BigPay (bigpayme.com) bermula tahun hadapan.

Photo 1
Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group menerima Lesen Komuniti Kredit bagi pihak BigPay Later Sdn Bhd dari Yang Berhormat Puan Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya pada Jumaat (13 November 2020).

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, “Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Puan Zuraida Kamaruddin serta pasukan beliau yang telah bertungkus-lumus untuk menjadikan Lesen Kredit Komuniti ini satu kenyataan. Ini sesungguhnya amat bermakna bagi Malaysia terutamanya pada waktu yang sukar ini. Kami berasa amat teruja kerana akhirnya dapat menawarkan kemudahan pinjaman menerusi aplikasi digital BigPay. Saya dengan ini memberi jaminan bahawa BigPay akan mematuhi semua syarat, undang-undang dan peraturan yang disediakan oleh pihak KPKT dalam pelaksanaan perkhidmatan kewangan ini.

“Saya bersama Kamarudin (Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun) memulakan syarikat penerbangan AirAsia 19 tahun yang lalu dengan slogan ‘Now Everyone Can Fly’. Dan hari ini, saya amat berbangga dengan pencapaian oleh BigPay dengan menerima Lesen Kredit Komuniti ini yang akan membolehkan kami menawarkan perkhidmatan kewangan kepada semua termasuklah perniagaan kecil dan sederhana (PKS). AirAsia sentiasa berusaha membantu semua golongan masyarakat dan saya berasa sangat gembira dapat memberikan perkhidmatan pinjaman untuk semua,” tambah Tony.

Untuk maklumat dan perkhidmatan terbaru BigPay, ikuti BigPay di Twitter (twitter.com/Bigpayme),  Facebook (facebook.com/Bigpaymalaysia) dan Instagram (instagram.com/Bigpayme).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zahirah Macwilson Sarat Hamil 8 Bulan, Perut Nampak Kecil Jadi Bualan Netizen

Selesai Pantang 44 Hari, Fazura Gembira Cincin Tunangnya Muat Dipakai Semula