Radio Manis fm telah melaksanakan satu perubahan bermula 1 Jun 2016 selaras dengan hasrat yang disuarakan oleh Kerajaan Negeri agar mentransformasikan Radio Manis fm berkonsepkan pendekatan inklusif melalui program berbentuk hiburan dan maklumat untuk memperkasakan agenda transformasi yang relevan kepada semua lapisan usia dengan fokus utama kepada golongan belia (Gen-Y) dari peringkat umur 20 tahun hingga 40 tahun dengan menggunakan tagline baru Gaya Pantai Timur.
Bienda Teruja Jadi Penyampai Manis FM
Radio MANISFM Kini Berwajah Baru
[dropcap]B[/dropcap]ermula pada bulan Januari 2016, pihak Pengurusan Manisfm telah melaksanakan perubahan dimana penstrukturan semua rancangan ataupun lebih dikenali sebagai ‘Program Revamp’.
Di samping itu, penyusunan tenaga kerja dan pengambilan bakat baru juga dilakukan agar Manis fm dapat bersaing dengan radio-radio lain dan menyediakan sesuatu yang lebih segar dan bermutu untuk pendengar-pendengar radio dengan menampilkan penyampai-penyampai baru dengan menyediakan juadah segmen baru.
Antara penyampai-penyampai Manis fm adalah Bienda, Rafly dan Eha bagi segmen Manis Manis Pagi setiap ahad hingga khamis jam 6pagi hingga 10 pagi. Manis Sokmo jam 10pagi hingga 3 petang pula di kendalikan oleh Nura, diikuti Hal dan Lisa menerusi Manis Express jam 3 petang hingga 7 petang dan Semanis Cinta bersama Memey bermula jam 8malam hingga 12 tengah malam. Hujung minggu pula diisi dengan pelbagai segmen menarik antaranya Manis Manis Pagi Hujung Minggu bersama Adam, Carta Hits Pantai Timur bersama Aiman Lim , Carta Rock bersama Amiey, Carta Manis 17 serta Manis Intro.
[pullquote align=”right”]Manis fm juga berperanan sebagai satu medium untuk menyampaikan informasi dan perencanaan program berkaitan Transformasi Terengganu Baharu TTB kepada semua lapisan masyarakat disamping mengekalkan statusnya sebagai sebuah radio komersial untuk kelangsungan perniagaan.[/pullquote]
Manis fm telah menaik taraf kemudahan infrastruktur dan sistem penyiaran di ketiga-tiga stesen pemancar di Bukit Jerung, Kuala Terengganu, di Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang dan di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan bagi memberikan persembahan yang terbaik buat pendengar.
Bagi menempatkan kedudukan Manis fm setaraf dengan radio-radio komersil yang lain, sistem di konti juga di naik taraf dengan penggunaan sistem perisian yang setanding dan setaraf yang dimiliki oleh industri radio komersil ketika ini. Selain itu, Manis fm telah menaik taraf ruang kerja yang lebih bersikap kondusif dan memberikan keselesaan kepada warga kerja Manis fm. Dengan perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan setakat ini, menunjukkan Manis fm komited dan serius dalam bidang penyiaran radio.
Kami di Budiey.com mengucapkan selamat maju jaya diucapkan kepada radio Manis FM.
Rafly
Nura
Memey
Lisa
Hal
Bienda
Adam