Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan satu program “BICARAWARA & PELANCARAN KEMPEN AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY†pada 11 FEB 2011 (Jumaat).
Majlis akan bermula pada jam 8.00 malam bertempat di Aras 5, Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya.
“Merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke-71 (22 – 24 November 2005 ) memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islamâ€
Sehubungan itu, penganjuran bicarawara ini secara khusus akan membicarakan tajuk AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY.
Bicarawara ini akan di moderator oleh selebriti Riben Merah Majlis Aids Malaysia iaitu Saudara Fahrin Ahmad manakala 3 orang panel jemputan adalah Saudara Muhammad Asyraf bin Ridzuan; Juara Imam Muda Astro, Puan Rosmawati binti Zainal dari Pusat Raudhatus Sakinah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dari JAKIM.
Kemuncak bagi program ini juga akan dilancarkan kempen anti Valentine’s Day yang akan disempurnakan oleh Y.B. Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sehubungan itu, orang ramai khususnya pelajar IPTA/S dan penduduk sekitar Putrajaya dan Lembah Kelang adalah dijemput hadir. Sesuai dengan objektif program ini diharapkan mampu melenyapkan larangan sambutan Valentine’s Day dari dairi hidup masyarakat kita khususnya remaja Islam.
Sumber : Pegawai Perhubungan Awam, JAKIM