Pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34, mengelak daripada mengulas lanjut pendedahan isterinya, keputusan untuk berpisah adalah hasil persetujuan bersama.
Katanya, dia bimbang andai kenyataan diberikan nanti mengguris hati mana-mana pihak.
“Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan memberikan sebarang komen. Saya tak rela melihat ada hati yang terguris jika saya tersalah cakap.
“Seperti saya katakan sebelum ini, lebih banyak ulasan diberikan, lagi panjang cerita ini akan berlarutan,”
– Sharnaaz Ahmad
Bercakap kepada BH Online, Noor Nabila Mohd Noor, 35, hari ini berkata, keputusan untuk bercerai dilakukan atas kesepakatan bersama selepas usaha memperbaiki hubungan mereka menemui jalan buntu.
Dia juga terkejut apabila Sharnaaz sebelum ini memberikan reaksi seolah-olah tidak menjangkakan permohonan cerai akan berlaku.
Tambah Sharnaaz, dia lebih selesa menyerahkan perkara itu kepada pihak peguam.
“Biarlah peguam melakukan kerja mereka dengan sebaik-baiknya,”
– Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, yang kini berusia setahun.
Sumber: Berita Harian