in

Hati Janna Nick Disakiti Berulang Kali dalam Drama BIAR AKU JADI PENUNGGU

Ikuti lakonan hebat Janna Nick dan Ashraf Muslim dalam drama terbaharu slot Akasia mulai 26 Disember ini!

Ifaat Hamani dan Afeef Adwan ialah sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Apabila Afeef mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di luar negara, ibunya telah meletakkan syarat agar Afeef mengakhiri zaman bujangnya terdahulu sebelum dia ke luar negara. Akibat terdesak, Afeef terpaksa menggunakan Ifaat sebagai batu loncatan. Sanggupkah Ifaat menerima lamaran Afeef dan menunggu kepulangannya?

Biar Aku Jadi Penunggu

Selepas berakhirnya kisah percintaan antara Mia dan Khuzairi dalam drama ‘7 Hari Mencintaiku’, TV3 bakal mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri baharu, Biar Aku Jadi Penunggu buat jutaan peminat setia slot Akasia mulai 26 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang. Drama 28 episod terbitan oleh Saphire Screen dan arahan daripada Michael Ang membariskan pelakon hebat seperti Janna Nick, Ashraf Muslim, Miera Leyana, Octovia Manrose, Shah Tapaw dan Fahmy Reza.

BIAR AKU JADI PENUNGGU mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara.

Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki.

Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat.

Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji.

Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Namun, mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu? Jangan lupa untuk mengikuti lakonan Janna Nick dan Ashraf Muslim dalam drama bersiri Biar Aku Jadi Penunggu yang akan bermula disiarkan pada 26 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang di slot Akasia, TV3. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Biar Aku Jadi Penunggu juga boleh disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui pakej tonton VIP.

Biar Aku Jadi Penunggu

Biar Aku Jadi Penunggu

Biar Aku Jadi Penunggu

Biar Aku Jadi Penunggu

Biar Aku Jadi Penunggu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tania Hudson Nafi Jadi Orang Ketiga Akui Hanya Berkawan Biasa Dengan Fattah Amin

Asia Islamic Fashion Week 2017 #AIFW2017