Baru-baru ini pengasuh berkenaan, Dayah Zubit memuat naik sebuah posting di Instagram memaparkan aksinya membuat TikTok bersama penyanyi itu yang lebih mesra dipanggil TokTi itu.
Mudanya! Macam Sebaya Dah
Menerusi posting tersebut, Dayah tidak menafikan penyanyi lagu Siapa Tak Mahu itu kelihatan sebaya dengan usianya walaupun berbeza 18 tahun.
“Nampak sebaya kan walaupun beza 18 tahun?? Nak tahu tak apa rahsia @ctdk untuk kekal awet muda macam ni? Nantikan..” kata gadis berusia 24 tahun itu.
Video berdurasi 13 saat itu sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi warganet yang memuji kecantikan Tokti selain turut mengakui beliau kelihatan seperti anak dara yang sebaya dengan pengasuhnya.