Menerusi satu entry di laman instagram, Betty Benafe ada menerangkan dia telah pergi dari perkahwinannya sehelai sepinggang malah tidak ada nak tuntut nafkah untuk dirinya. Malah Betty juga mengakui bekerja untuk sara dua orang anaknya.
“Setiap hari lalui kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bersama anak ada pula kes mahkamah bagi hak penjagaan yang masih belum selesai, rasa gundah gelisah dan juga rasa khuatir sudah tentu ada. Aku kini redhai apa yang ditentukan oleh yang maha berkuasa. Aku hanya manusia biasa yang banyak kekurangan lantas harapkan kekuatan serta bimbingan dari Allah. Kau tahu apa yang paling baik untuk warisku”.
“Keluar dari perkahwinan sehelai sepinggang tanpa tuntut sebarang nafkah mutaah dan lainnya. Yang aku harapkan adalah rasa damai serta hati yang tenang. Ini supaya aku mampu terajui keluargaku dengan selamat dan menerima keredhaan Illahi”.
“Untuk diluar sana, ada penghasut yang gemar panaskan hati manusia lain untuk bermusuhan itu, bilakah kalian mahu stop agaknya. Aku berdoa supaya mereka diluar sana itu akan dapat hidayah. Aku tak mengekuh tapi rasa syukru diberi ujian oleh Allah. Aku dah maafkan kamu yang selalu rasa panas hati melihat aku yang mahu terus maju”.
“Hidup dengan anak-anak yang semuanya bawah umur 6 tahun, keduanya bersekolah dan saya bekerja sendiri sepenuh masa. Apatah lagi ketika waktu seperti adanya wabak ini”.
“Anak bebas berhubung melalui telefon, video pada bila-bila masa saja kecualilah pada hari sekolah dan waktu tidur. Tak ada had untuk berjumpa anak atas belas kasihan walaupun duit nafkah untuk anak yang tak pernah aku soalkan setiap bulan sampai kes mahkamah habis”.
“Sabar itulah aku selalu ingatkan pada diri sendiri. Aku jalani hidup ini dengan senyuman sebab rezeki Allah yang berikan. Aku yang kini bukanlah yang dulu. Manusia dah berubah dan semoga iman akan dijaga amin”.
– Bety Benafe
Betty Benafe telah berkahwin dengan Bruce Dargus pada tahun 2012 dan berpisah dengan talak dua pada tahun 2019. Mereka mempunyai dua anak iaitu Julia dan Bruce Dean.